Kalau korang jenis yang hari-hari minum kopi, mesti dah biasa dengan pilihan klasik macam latte, americano atau espresso. Tapi minggu ni, apa kata tukar selera sikit?
Gigi Coffee, jenama kopi popular yang semakin digemari ramai, kini tampil dengan promosi menarik dari 18–20 Julai 2025. Beli satu minuman Pistachio, dan dapat satu lagi minuman PERCUMA!
Kenapa Pistachio?

Minuman Pistachio Gigi Coffee terkenal dengan rasa kacang yang lembut dan aroma yang memikat—kombinasi sempurna untuk mereka yang mahukan kelainan daripada kopi biasa. Sama ada dinikmati ketika panas atau sejuk, rasanya tetap padu.
Dan bahagian paling menarik? Minuman kedua adalah pilihan bebas—boleh jadi kopi kegemaran anda atau mana-mana menu yang ada. Serius berbaloi!
Bila dan Cara Nak Tebus?

- 18–20 Julai 2025
- Walk-in di cawangan (5 petang – 8 malam)
- Atau guna aplikasi Gigi Coffee (sepanjang hari!)
Kalau anda jenis yang suka order awal atau tak nak beratur panjang, promosi ini boleh ditebus terus dari aplikasi Gigi Coffee. Hanya log masuk, buat pesanan Pistachio Drink, dan sistem akan benarkan anda pilih minuman percuma kedua. Mudah sangat!
Syarat Promosi Beli 1, Percuma 1
- Minuman pertama mestilah dari siri Pistachio
- Minuman kedua boleh dipilih dari menu biasa
- Tertakluk kepada terma & syarat
- Selagi stok masih ada
Tak perlu tangisi minuman yang tumpah……sebab sekarang anda boleh dapat dua minuman dengan harga satu. Sama ada anda nak kongsi dengan kawan atau simpan untuk sesi kedua, promosi ni memang win-win.
Muat turun aplikasi Gigi Coffee di Google Play atau Apple App Store sekarang atau kunjungi mana-mana cawangan terdekat dari jam 5 hingga 8 malam untuk tebus di kaunter.

CHAGEE Bawa Dunia The Little Prince ke Malaysia dengan Siri Matcha, Barangan Eksklusif dan Aktiviti Khas di Pavilion KL
Jangan Terburu-Buru Beli Kereta, Semak 6 Perkara Ini Sebelum Membuat Keputusan
Siri REDMI Note 17 Rasmi di Malaysia, Diterajui Note 17 Pro Max 5G dengan Bateri 10,000mAh
Yobe Malaysia Lancar Konsep Baharu Yobe Crafted, Tawar Koleksi Eksklusif untuk Peminat ALPHA
Mykori Mini Jalan Petaling Raikan Hari Merdeka ke-69 dengan Tawaran Beli 1 Percuma 1 Kakigori
5 Taman Pilihan di Kuala Lumpur Untuk Jogging dan Latihan Larian