Menu

5 Barangan ‘Hiking’ Mesra Poket – Senarai Kelengkapan Bawah RM100 dari Decathlon!

Alyaa 11 months ago

Malaysia sememangnya kaya dengan laluan mendaki atau hiking—dari hutan tropika di FRIM, laluan berbukit di Broga, hinggalah ke kawasan gunung di Sabah dan Sarawak. Tapi untuk menikmati pengalaman yang selesa dan selamat, pemilihan kelengkapan yang betul adalah penting. Berita baiknya, Decathlon Malaysia ada pelbagai peralatan hiking berkualiti yang ditawarkan pada harga mampu milik. 

Berikut adalah 5 kelengkapan hiking bawah RM100 yang yang patut anda pertimbangkan:

1. Kasut Hiking NH50 LOW (Quechua) 

   

Kasut ringan dan selesa untuk jalan santai di kawasan tanah rendah, hutan atau kawasan berbukit kecil dalam cuaca kering.

  • Kusyen Tapak: Tapak buih EVA 5mm serap hentakan dengan baik
  • Cengkaman: Tapak Outdoor Contact™ yang direka khas untuk cengkaman bertaraf 3 bintang
  • Selesa: Insole dua bahan yang empuk
  • Ringan: Sekitar 350g untuk saiz 9
  • Harga: RM69.00

2. Tongkat Hiking MT100 (Forclaz) 

Tongkat Hiking MT100 (Forclaz)

Untuk laluan mencabar, tongkat ini bantu stabilkan langkah dan kurangkan tekanan pada lutut.

  • Ringkas & kuat: Reka bentuk teleskopik 3 bahagian
  • Boleh laras: Ketinggian boleh ubah antara 105–120cm
  • Kukuh: Aluminium tahan lasak, dengan hujung keluli tahan hentakan
  • Ringan: Hanya 200g
  • Harga: RM29.00

3. Beg Hiking 20L Arpenaz NH100 (Quechua)

Beg Hiking 20L Arpenaz NH100 (Quechua)

Beg ringkas tapi cukup untuk bawa barang asas macam air, snek, baju hujan dan powerbank.

  • Selesa dibawa: Tali bahu dan belakang empuk, ada tali dada
  • 5 ruang simpanan: Termasuk poket laptop 15” dan 2 pemegang botol
  • Tahan lasak: Jaminan ketahanan 10 tahun untuk kegunaan biasa
  • Ringan: Hanya 470g
  • Harga: RM39.00

4. Lampu Kepala ONNIGHT 100 – 80 Lumen (Forclaz) 

Lampu Kepala ONNIGHT 100 – 80 Lumen (Forclaz)

Penting untuk keselamatan waktu awal pagi, lewat petang atau ketika hujan. Tangan kekal bebas sambil laluan diterangi cahaya.

  • Jarak cahaya: 80 lumen, capai sehingga 25 meter
  • 3 Mod lampu: Red, White Eco & White Bright
  • Tahan hentakan dan air: IPX4
  • Tahan lama: Sehingga 30 jam dalam mod eco
  • Ringan: Hanya 80g dengan bateri
  • Harga: RM29.00

5. Seluar Hiking NH100 (Quechua) 

Seluar ringan dan longgar dengan fabrik kapas-elasthan untuk keselesaan dan fleksibiliti maksimum.

  • Mudah bergerak: Potongan longgar + fabrik elastik 2%
  • Cepat kering: Kandungan poliester bantu serap peluh
  • Praktikal: 4 poket termasuk poket berzip di peha
  • Ringan: Hanya 250g untuk saiz 44
  • Harga: RM49.00 (Harga asal: RM59.00)

Untuk lihat lebih banyak tawaran menarik dari Decathlon Malaysia, layari laman web rasmi mereka sekarang!

📍 Nota Hrga.MY: Harga dan stok adalah tertakluk kepada perubahan, jadi kalau anda berminat, cepat ke laman rasmi Decathlon Malaysia atau ke cawangan terdekat untuk mendapatkan barangan pilihan anda.

– Advertisement –
Written By

– Advertisement –