Kalau anda peminat makanan Korea atau tengah craving makanan yang sedap dan murah, ini masa yang sesuai untuk singgah di emart24. Mulai 14 hingga 26 Julai 2025, emart24 menawarkan set makanan Korea serendah RM9.90 sahaja sempena kempen promosi “DAE-BACK”!
Apa Yang Ditawarkan?
Dua pilihan set mengenyangkan, lengkap dengan minuman:
Set A (Harga asal: RM20.40)
- Cupbap (pilihan Bulgogi Chicken atau Beef sahaja)
- Minuman: Korean Honey Tea (Iced) atau Barista Iced Latte
Set B (Harga asal: RM15.40)
- Cheesy Tteokbokki
- Minuman: Korean Honey Tea (Iced) atau Barista Iced Latte
*Harga asal mencecah RM20.40, tapi sepanjang promosi ini, anda boleh dapatkan pada harga RM9.90 sahaja setiap set!
Terma dan Syarat Sah Promosi
- Promosi sah dari 14 hingga 26 Julai 2025 sahaja
- Untuk pembelian walk-in sahaja
- Sementara stok masih ada
- Sah di cawangan emart24 terpilih (senarai cawangan tidak dinyatakan)
Untuk maklumat lanjut, layari Facebook rasmi emart24 sekarang!

CHAGEE Bawa Dunia The Little Prince ke Malaysia dengan Siri Matcha, Barangan Eksklusif dan Aktiviti Khas di Pavilion KL
Jangan Terburu-Buru Beli Kereta, Semak 6 Perkara Ini Sebelum Membuat Keputusan
Siri REDMI Note 17 Rasmi di Malaysia, Diterajui Note 17 Pro Max 5G dengan Bateri 10,000mAh
Yobe Malaysia Lancar Konsep Baharu Yobe Crafted, Tawar Koleksi Eksklusif untuk Peminat ALPHA
Mykori Mini Jalan Petaling Raikan Hari Merdeka ke-69 dengan Tawaran Beli 1 Percuma 1 Kakigori
5 Taman Pilihan di Kuala Lumpur Untuk Jogging dan Latihan Larian