The Chicken Rice Shop Tawar Set Makan Tengah Hari Serendah RM10.90 Setiap Hari!
Kalau anda sedang mencari lunch sedap, mengenyangkan dan berbaloi, promosi Good Lunch dari The Chicken Rice Shop (TCRS) memang wajib anda cuba! Sepanjang hari bekerja dari 10 pagi hingga 3 petang, anda boleh menikmati pelbagai set makan tengah hari bermula serendah RM10.90 sahaja.
Paling menarik, ada promosi berlainan setiap hari yang memberi lebih banyak sebab untuk anda makan tengah hari di The Chicken Rice Shop. Jom tengok apa yang ditawarkan!
Pilihan Set Good Lunch & Harga
Terdapat 6 jenis set lunch dengan kombinasi hidangan dan minuman berbeza:

|
Nama Set |
Kandungan |
Harga |
|---|---|---|
|
501 Savers Good Lunch |
Nasi + ayam (4 pilihan hidangan), + minuman ringan 12oz |
RM10.90 |
|
502 Ladies Good Lunch |
Gado-gado + Penang Rojak + minuman ringan 12oz |
RM13.90 |
|
503 Noodle Good Lunch |
Apa-apa mee + 2 Nyonya Pai Tee + minuman ringan 12oz |
RM14.90 |
|
504 Mighty Good Lunch |
Nasi + ayam (3 pilihan hidangan) + taugeh + tofu + telur + sup + air soya 120z |
RM16.50 |
|
511 Oh-Semm Good Lunch |
Ayam Bakar Oh-Semm + nasi + sup + minuman ringan 12oz |
RM19.90 |
|
505 Lunch for 2 |
1/4 ayam (3 pilihan hidangan) + taugeh + sup bebola ikan + 2 nasi + 2 sup + minuman ringan 12oz |
RM31.90 (untuk 2 orang) |
*Semua set disertakan dengan minuman. Tambah RM1 jika mahu tukar bahagian ayam ke drumstick.
Promosi Harian Menarik (Isnin – Jumaat Sahaja)
Nak lagi jimat? Ini dia promosi percuma dan diskaun mengikut hari:

|
Hari |
Tawaran |
|---|---|
|
Isnin |
Percuma Kerabu Mangga dengan pembelian 3 set Good Lunch |
|
Selasa |
Percuma 1 ‘Savers Good Lunch’ dengan pembelian 4 set Good Lunch |
|
Rabu |
Percuma Kari Ayam (R) dengan pembelian 4 set Good Lunch |
|
Khamis |
Diskaun 50% Single Serve Chicken tanpa nasi dengan pembelian 3 set Good Lunch |
|
Jumaat |
Percuma Nyonya Pai Tee (L) dengan pembelian 3 set Good Lunch |
*Tawaran ini hanya sah untuk dine-in di cawangan terpilih (tidak sah di Sabah dan Sarawak) dan tidak sah pada hujung minggu dan cuti umum.
Kenapa Patut Cuba?
- Portion lengkap – cukup dengan nasi, lauk, sayur dan minuman.
- Harga berpatutan – bermula RM10.90, sangat berbaloi untuk makan tengah hari.
- Pelbagai pilihan menu – sesuai untuk semua citarasa.
- Promosi harian – dapat hidangan tambahan percuma atau diskaun tambahan!
Lokasi & Info Lanjut
Promosi ini tersedia di semua cawangan The Chicken Rice Shop Semenanjung Malaysia. Untuk info penuh dan senarai lokasi, layari laman web rasmi The Chicken Rice Shop.
📍 Tip Jimat Hrga.MY: Ajak rakan sekerja makan bersama dan beli 3–4 set sekali gus bagi mendapatkan lebih penjimatan menerusi promosi percuma dan diskaun mengikut hari.
