Bank Muamalat Malaysia telah melancarkan ATLAS, iaitu bank digital pertama di Malaysia yang berasaskan prinsip Islam. Ini bermakna semua urusan perbankan dijalankan sepenuhnya secara dalam talian (tanpa cawangan fizikal) dan setiap produk yang ditawarkan adalah patuh syariah.
Apa Itu ATLAS?

ATLAS dibina di atas platform perbankan pintar oleh syarikat global Backbase, dan direka untuk memberikan pengalaman perbankan yang mudah, selamat dan selaras dengan gaya hidup pengguna Muslim moden.
Melalui ATLAS, pengguna boleh menikmati pelbagai ciri digital termasuk:
- Pemindahan wang melalui DuitNow
- Akses kepada akaun dan produk kewangan patuh syariah
- Khidmat pelanggan digital sepenuhnya
Apa Lagi Yang Bakal Ditawarkan?

Menariknya, ini baru permulaan. Dalam masa terdekat, ATLAS akan melancarkan beberapa ciri tambahan seperti:
- Kad debit & kad kredit digital
- Pembiayaan peribadi fleksibel
- Akaun pelaburan emas patuh syariah
- Program ganjaran gaya hidup eksklusif hasil kerjasama dengan jenama terpilih
Kenapa Ini Penting?
Menurut CEO Bank Muamalat, Khairul Kamarudin, ATLAS bukan sekadar bank digital, tetapi ia adalah transformasi penuh terhadap dunia kewangan Islam. Ia menawarkan cara baru untuk urus duit dengan lebih mudah, telus, dan berlandaskan nilai Islam, sambil memenuhi keperluan generasi digital.
Layari laman rasmi ATLAS Bank Muamalat untuk maklumat lanjut.

Jangan Terburu-Buru Beli Kereta, Semak 6 Perkara Ini Sebelum Membuat Keputusan
Siri REDMI Note 17 Rasmi di Malaysia, Diterajui Note 17 Pro Max 5G dengan Bateri 10,000mAh
TNG eWallet Tambah FlexiCredit GXBank ke CashLoan dengan Had Kredit Sehingga RM150,000
TikTok Shop Kenakan SST 6% untuk Caj Penghantaran Penjual Bermula September
5 Taman Pilihan di Kuala Lumpur Untuk Jogging dan Latihan Larian
Fi Life Henti Jualan Polisi Insurans Baharu Mulai 26 Ogos 2026, Pemegang Polisi Sedia Ada Tidak Terjejas