Pelan Internet Terbaik untuk Pelajar di Malaysia: Prabayar Bawah RM40
Mencari pelan internet yang mampu milik tapi masih cukup berbaloi bukanlah perkara mudah, terutamanya untuk pelajar. Dengan pelbagai pilihan di pasaran, agak sukar untuk memilih pelan yang benar-benar memberikan nilai terbaik tanpa membazirkan bajet bulanan.
Untuk bantu anda membuat keputusan, kami telah menyenarai pendek beberapa pelan prabayar terbaik di Malaysia, semuanya di bawah RM40. Sama ada anda perlukan kuota besar, internet tanpa had, atau pelan yang datang dengan faedah tambahan seperti insurans, pilihan-pilihan ini sesuai untuk keperluan harian pelajar.
1. CelcomDigi Prepaid 5G 39 (Edisi Biru)
CelcomDigi menawarkan dua edisi pelan prabayar — Edisi Kuning dan Edisi Biru. Untuk pelajar, Edisi Biru lebih berbaloi:
• Harga: RM39
• Internet Tanpa Had: Kelajuan hingga 12Mbps (FUP 200GB)
• Kuota Berkelajuan Tinggi: 65GB (4G/5G)
• Hotspot: 15GB
Jika dibandingkan dengan versi RM25 (Prepaid 5G 25), pelan RM39 menawarkan prestasi yang jauh lebih stabil dengan kuota yang lebih besar dan kelajuan yang sesuai untuk penstriman atau kelas dalam talian.
2. Tune Talk Epik 35+

Salah satu pelan yang paling underrated di luar sana, tapi sangat berbaloi untuk pelajar.
• Harga: RM35
• Data: 150GB 4G/5G, tiada had kelajuan
• Hotspot: Diambil dari kuota utama
• Bonus: Insurans Kemalangan Diri PERCUMA sehingga RM50,000
Bukan saja anda dapat data yang besar, malah perlindungan insurans percuma, amat sesuai untuk pelajar yang belum mampu beli insurans sendiri.
3. Yes FT5G 30

Yes terkenal dengan pelan internet berpatutan, dan FT5G 30 ialah pilihan terbaik di bawah RM40.
• Harga: RM30
• Data: Tanpa had (4G/5G), kelajuan antara 4–7Mbps
• Hotspot: 12GB
• Diskaun Tambahan: RM5 diskaun jika anda mendaftar AutoPay menjadikannya hanya RM25 sebulan!
Kalau anda pengguna aktif internet dan ada kad debit atau kredit, AutoPay pasti menjadikan pelan ini lebih jimat.
Setiap pelan ada kelebihan, bergantung kepada cara penggunaan internet anda. Kalau anda perlukan kelajuan internet yang tinggi dan kuota yang seimbang, CelcomDigi Edisi Biru adalah pilihan terbaik. Tapi kalau anda nak data besar berserta insurans, Tune Talk adalah pilihan yang paling berbaloi. Dan untuk data tanpa had dengan harga paling jimat, Yes FT5G 30 adalah pelan yang patut anda cuba.
