February 12, 2026
263331474_10162715663419572_5526210461937944787_n

Kalau sebut tentang coklat murah, ramai yang terus terfikir nak kena terbang ke Langkawi. Tapi siapa sangka, di tengah-tengah Kuala Lumpur pun ada lubuk coklat murah yang buat peminat coklat rambang mata!

Lokasi rahsia ini terletak di Masjid India, tepat berhadapan dengan pusat membeli-belah SEMUA HOUSE. Namanya Haniffa Department Store! Kedai ini memang terkenal dalam kalangan pencinta coklat sebab harga yang ditawarkan jauh lebih murah berbanding di tempat lain.

Antara yang paling mencuri perhatian ialah Coklat Cadbury saiz paling besar yang boleh didapati pada harga hanya RM5.99! Murah gila, kan? Bukan itu saja, pelbagai jenis coklat dari jenama terkenal seperti Ferrero Rocher, Toblerone, Lindt, dan banyak lagi boleh didapati dengan harga yang sangat berbaloi.

Jadi, kalau anda tengah mencari stok coklat untuk kudapan sendiri atau nak beli sebagai buah tangan untuk keluarga dan kawan-kawan, Haniffa Department Store adalah tempat wajib singgah! Tak perlu susah payah ke Langkawi, semuanya ada di sini dengan harga yang lebih mesra poket.

Jangan lupa tonton video penuh kami untuk lihat sendiri betapa meriahnya pilihan coklat di sini. Confirm lepas ni ramai yang tak sabar nak serbu Haniffa Department Store!

@kingzadma

Membalas @Mahira Syurganya cokelat di Kuala Lumpur Malaysia #oleholehkualalumpur #oleholehmalaysia #haniffa #haniffakl #visitkl2025

♬ Vlog ・ Stylish city pop(1275391) – orino

Dah pernah shopping coklat murah kat sini? Komen di bawah dan kongsikan pengalaman anda!