Hotel Royal Kuala Lumpur menyambut kedatangan Ramadan dengan memperkenalkan Pesona Rasa Ramadan, bufet istimewa yang menampilkan keaslian masakan Malaysia. Dihasilkan oleh Eksekutif Chef, Chef Badrul Hisham, setiap hidangan membawa cita rasa tradisional yang menggamit nostalgia berbuka puasa bersama keluarga.

Bufet ini berlangsung di Makan2 Coffee House dari 6 Mac hingga 26 Mac 2025, menawarkan hidangan menarik seperti Rendang Tok, Kambing Golek Tandoori, Nasi Kenduri, dan Assam Laksa. Harga bufet adalah RM118 untuk dewasa dan RM68 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun serta warga emas. Baucar awal boleh didapati pada harga promosi RM98, tersedia hingga 28 Februari 2025.

Bagi pengalaman Ramadan yang lebih lengkap, Hotel Royal Kuala Lumpur menawarkan pakej penginapan istimewa. Dengan hanya RM398, pelanggan boleh menikmati penginapan 2 hari 1 malam untuk 2 tetamu, termasuk bufet Ramadan dan sahur. Tempoh penginapan adalah dari 2 Mac hingga 26 Mac 2025, dengan tempahan dibuka sehingga 25 Mac 2025.
Bufet Ramadan ini tidak hanya memuaskan selera, tetapi juga terletak di lokasi strategik di tengah-tengah Bukit Bintang. Untuk tempahan bufet dan pakej penginapan, hubungi talian 016-5200579. Jangan lepaskan peluang menikmati Pesona Rasa Ramadan yang menjanjikan kenangan berbuka puasa yang istimewa.

CHAGEE Bawa Dunia The Little Prince ke Malaysia dengan Siri Matcha, Barangan Eksklusif dan Aktiviti Khas di Pavilion KL
Jangan Terburu-Buru Beli Kereta, Semak 6 Perkara Ini Sebelum Membuat Keputusan
Siri REDMI Note 17 Rasmi di Malaysia, Diterajui Note 17 Pro Max 5G dengan Bateri 10,000mAh
Yobe Malaysia Lancar Konsep Baharu Yobe Crafted, Tawar Koleksi Eksklusif untuk Peminat ALPHA
Mykori Mini Jalan Petaling Raikan Hari Merdeka ke-69 dengan Tawaran Beli 1 Percuma 1 Kakigori
5 Taman Pilihan di Kuala Lumpur Untuk Jogging dan Latihan Larian