Tawaran paling syok baru sahaja tiba! Bermula dari 9 hingga 29 Disember, nikmati kesegaran Mango Passion Soft Serve di 7-Eleven dengan harga serendah RM1 sahaja melalui Tawaran Jolly Swirly mereka. Ya, betul – RM1 sahaja untuk satu kon aiskrim yang penuh dengan rasa tropika yang menyegarkan.
Aiskrim Mango Passion Soft Serve ini bukan sahaja sedap, tetapi juga memberikan kesejukan yang sempurna untuk cuaca panas. Rasanya yang manis dengan sentuhan masam mangga pasti akan membuatkan anda jatuh cinta pada suapan pertama.

Tak ada apa yang lebih baik daripada berkongsi kegembiraan ini dengan rakan-rakan dan keluarga anda. Jadi, ajak mereka ke 7CAFé terdekat dan nikmati detik-detik manis bersama. Selain daripada aiskrim mangga ini, terdapat pelbagai pilihan lain yang boleh anda cuba di 7CAFé.
Jangan lepaskan peluang untuk mencuba aiskrim mangga pada harga istimewa ini. Tandakan tarikh anda dan singgah ke 7-Eleven dari 9 hingga 29 Disember untuk menikmati Mango Passion Soft Serve.
“Happiness is just an ice cream away” – lebih-lebih lagi bila ia hanya RM1!

Ayam Gepuk Original Hanya RM9.90 di IndoAsli, Jimat RM14 dari Harga Biasa
Krispy Kreme Raikan Hari Kidal Sedunia – 6 Original Glazed Hanya RM13 Pada 13 Ogos 2026
BHC Chicken Tawar Value Meal Bermula RM12.90 – Nikmati Hidangan Korea pada Hari Bekerja
The Chicken Rice Shop Raikan Bulan Kemerdekaan dengan Combo Local Lah RM16.90
Kenangan Coffee Capai 200 Cawangan di Malaysia, Raikan dengan Tawaran Minuman Kedua Hanya RM2
Promosi 8.8 2026: Pelbagai Tawaran F&B Menarik Untuk Anda Nikmati Minggu Ini