February 12, 2026

Selain Buat Kad Jemputan Digital, Ini 4 Cara Berkesan Jimat Bajet Untuk Hari Perkahwinan

4

Bila tiba bab kahwin, memang tak dinafikan, semuanya boleh jadi sangat mahal. Tapi, siapa kata majlis perlu mewah untuk bermakna? Bagi pasangan yang nak berjimat tapi tetap nak majlis yang meriah, ada banyak cara untuk capai bajet yang ideal. Jom kita tengok 5 tips yang boleh bantu korang rancang hari istimewa tanpa buat poket koyak!

1. Hadkan Bilangan Jemputan

Bajet majlis perkahwinan banyak bergantung pada bilangan jemputan. Lagi ramai tetamu, lagi banyaklah perbelanjaan untuk makanan, tempat duduk, dan cenderahati. Jadi, cuba buat senarai jemputan yang lebih kecil – keluarga terdekat dan rakan-rakan rapat sahaja. Fokus pada orang yang memang dekat di hati dan bermakna. Kualiti lebih baik dari kuantiti.

Cara ni bukan sahaja bantu jimat, tapi korang juga boleh luangkan lebih masa untuk melayan setiap tetamu yang datang. Tambah lagi, majlis kecil ni ada vibe yang lebih rapat dan istimewa.

2. Guna Kad Jemputan Digital

Bagi jemputan, anda tak perlu habiskan bajet pada kad fizikal yang mahal. Sebaliknya, pertimbangkan jemputan kad digital. Jemputan digital ini bukan saja jimat kos tetapi lebih mudah dan jimat masa , tenaga dan lebih efisyen. Memandangkan ramai yang aktif di media sosial, anda boleh jemput mereka melalui platform juga seperti Facebook, WhatsApp, dan Instagram.

3. Pakaian Pengantin Minimalist

Seterusnya, tak perlu baju pengantin yang terlalu mewah dan glam untuk kelihatan cantik. Style minimalist dan simple sekarang semakin popular, bukan sahaja nampak elegan, tapi juga lebih menjimatkan poket anda. Anda boleh sewa pakaian atau pilih baju yang simple tapi classy. Pilihan ini juga membuatkan pengantin nampak lebih anggun tanpa berlebihan. Selain jimat, ia lebih selesa untuk dipakai sepanjang hari.

4. Menu Katering

Makanan adalah antara kos terbesar dalam majlis perkahwinan, tetapi anda boleh pilih hidangan yang ringkas tapi sedap dan disukai ramai. Tak perlu terlalu banyak pilihan makanan seperti western dan pelbagai pilihan . Fokus pada menu utama yang popular seperti nasi minyak, ayam masak merah, dan lauk sayur biasa. Konsep bufet atau juadah kenduri kampung juga mesra bajet dan lebih sesuai untuk majlis yang sederhana. Yang penting, rasa dan kualiti hidangan.

5. Gabungkan Majlis Nikah dan Sanding Sekali

Satu lagi cara untuk jimat ialah dengan menggabungkan majlis nikah dan sanding dalam satu hari. Dengan cara ini, anda boleh kurangkan kos sewa tempat, dekorasi, dan makanan. Selain menjimatkan perbelanjaan, tetamu yang datang dari jauh juga hanya perlu hadir sekali sahaja, menjadikan majlis lebih mudah dan praktikal untuk semua. Lagipun, dengan gabungan ini, anda dapat raikan semua momen penting dalam satu hari yang penuh bermakna.

Kesimpulan

Dengan perancangan yang bijak, anda boleh merealisasikan hari bahagia anda tanpa perlu berhutang atau membebankan diri di kemudian hari. Ingat, sebuah majlis yang sederhana tetapi penuh kasih sayang dan keikhlasan akan lebih diingati daripada majlis yang mahal tetapi membebankan. Keindahan perkahwinan terletak pada kesederhanaan dan kebahagiaan bersama. Jadi, raikan hari anda dengan tenang, ikut bajet yang sesuai, dan hargai setiap moment. Semoga hari perkahwinan anda berjalan lancar dan menjadi kenangan terindah sepanjang hidup!