May 1, 2026

Terma & Syarat Giveaway Untuk Hrga.my

Berita baik buat anda! Hrga.my kini mengadakan GIVEAWAY eksklusif dengan hadiah-hadiah menarik seperti Tumbler Tyeso dan Kipas Mini. Peraduan ini berlangsung di laman Facebook dan Instagram rasmi Hrga.my, dan satu (1) pemenang bertuah akan dipilih dari setiap platform.

Tunggu apa lagi? Hanya dengan dua langkah mudah, anda mungkin menjadi pemenangnya!

Facebook

Instagram

Terma dan Syarat Peraduan

Pengenalan

  1. Giveaway Hrga.my (“Peraduan”) dianjurkan oleh Hrga.my (“Penganjur”).
  2. Peraduan ini akan berakhir pada 30 Oktober 2024 jam 23:59:59.
  3. Sebarang penyertaan yang dihantar selepas tempoh peraduan tidak akan dilayan.
  4. Penganjur berhak untuk mengubah, menunda, mengemas kini dan/atau melanjutkan tempoh peraduan dan/atau membatalkan peraduan pada bila-bila masa tanpa sebarang notis awal.

Kelayakan

  1. Peraduan ini terbuka kepada semua penduduk Malaysia yang mempunyai dokumentasi sah seperti Kad Pengenalan (IC) atau Passport.
  2. Peserta mestilah memenuhi semua syarat di atas bagi memastikan penyertaan dianggap sah.
  3. Peserta mestilah:
    • mengikuti akaun Hrga.my di Facebook atau Instagram
    • like dan kongsikan semua posting kami
    • tag tiga (3) rakan di bahagian komen di posting peraduan
    • menjawab soalan: “Kongsikan tip berjimat atau melabur anda” di ruangan komen.
  4. Setiap peserta boleh menghantar lebih dari satu penyertaan, tetapi hanya satu (1) penyertaan sahaja akan dikira bagi setiap Platform.
  5. Pekerja dan ahli keluarga Hrga.my tidak layak untuk menyertai peraduan ini.

Pemilihan Pemenang

  1. Seorang (1) pemenang bertuah dari setiap Platform akan dipilih secara rawak oleh pihak pengurusan Hrga.my.
  2. Pemenang akan diumumkan di laman Facebook dan Instagram rasmi Hrga.my pada 04 November 2024.
  3. Sekiranya pemenang gagal menuntut hadiah daripada pihak penganjur dalam tempoh 24 jam selepas pengumuman pemenang, pihak penganjur berhak untuk memilih pemenang baharu melalui proses yang sama.
  4. Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya pemenang tidak dapat dihubungi atas sebarang sebab.