Efek Rumah Kaca, band senior dari Jakarta, telah lama memikat hati peminat dengan melodi yang menggugah dan lirik yang mendalam. Nama band ini, yang membawa efek besar kepada pendengar, masih relevan meskipun mereka sempat kurang aktif di pentas kerana fokus pada hal-hal lain serta kehadiran band generasi baru. Meskipun kurang persembahan panggung, Efek Rumah Kaca tidak dilupakan dan kini mereka akan kembali ke Malaysia untuk sebuah konsert solo setelah terakhir tampil bersama rakan seperjuangan pada 2022.

Konsert solo mereka yang akan datang, bertajuk “DI UDARA KUALA LUMPUR LIVE AT ZEPP KL,” dijadualkan pada 25 Oktober 2024 di Zepp Kuala Lumpur. Penganjur, Shezco Sdn Bhd, memilih nama konsert tersebut sebagai penghormatan kepada salah satu lagu popular dari album pertama mereka pada tahun 2007. Konsert ini merupakan peluang bagi peminat di Malaysia untuk menikmati muzik Efek Rumah Kaca secara lebih dekat setelah sekian lama tidak bertemu dengan mereka secara solo.
Cholil Mahmud, vokalis utama band, menyatakan kegembiraannya untuk kembali ke Malaysia dan berinteraksi lebih intim dengan peminat melalui konsert ini.
Menariknya, pihak penganjur dengan berbesar hati memberikan potongan harga sebanyak 15 peratus kepada 50 pembeli tiket. Diskaun tersebut berlangsung mulai 22 Ogos sehingga 31 Ogos sempena bulan kemerdekaan Malaysia. Dengan pembelian 2 tiket berdiri (standing) pembeli akan mendapat potongan harga sebanyak 15 peratus.
Tiket-tiket berharga RM188 (CAT 1 / FREE STANDING), RM218 (NORMAL STANDING), RM268 (CAT 2 / PREMIUM SEATING), RM448 (ROYAL BOX), RM3,500 (PACKAGE 8 PAX / MEET & GREET) menanti anda semua!

Huawei Watch Fit 5 Roadshow Bermula di MyTown, Tampil Dengan Aktiviti Pickleball dan Persembahan Alpha
Nak Tonton Semua Perlawanan Piala Dunia 2026 Secara Langsung? Pas Langganan Unifi TV Dibuka Bermula RM50
Perodua Malaysia Masters 2026: Dari Food Fest Hingga Merchandise, Ini Yang Pengunjung Boleh Jangkakan
ZooKu Membership Card Hanya RM40, Kanak-Kanak Boleh Akses Zoo Negara Tanpa Had
Microsoft Turunkan Harga PC Game Pass Di Malaysia, Kini Berharga RM20 Sebulan
EXO Kembali Temui Peminat Malaysia, Bawa Jelajah EXO PLANET #6 – EXhOrizon Ke Kuala Lumpur Jun Ini