February 13, 2026

Jom Semak 4 Tawaran Hebat Yang Anda Boleh Nantikan Semasa Jualan LazMall Brand Members Day

lucky draw prize for Sunway

Lazada kembali dengan LazMall Brand Members Day yang akan dilangsungkan pada pertengahan Ogos ini! Acara dalam talian yang sangat dinanti-nantikan ini akan menampilkan pelbagai tawaran eksklusif dan diskaun istimewa untuk pembeli yang mempunyai keahlian jenama.

Jualan LazMall Brand Members Day seumpanya akan bermula dari 16 hingga 18 Ogos 2024 di Thailand, dan seterusnya dari 20 hingga 22 Ogos 2024 di Malaysia, Singapura, Indonesia, dan Vietnam. Jualan selama tiga hari ini akan menawarkan tawaran ahli-sahaja untuk pelbagai jenama terkemuka termasuk Abbott, L’Oreal Paris, Philips, Reckitt, Samsung, TCL, Unilever, dan Xiaomi, serta banyak lagi jenama tempatan dan antarabangsa kegemaran ramai.

LazMall Brand Members Day menawarkan pelbagai faedah kepada pembeli dengan keahlian jenama di Lazada:

  • Menikmati penjimatan hingga 70% apabila membeli-belah di kedai kegemaran
  • Mengumpul dan menggunakan baucar diskaun eksklusif untuk ahli (tanpa perbelanjaan minimum)
  • Menerima hadiah percuma dengan setiap pembelian
  • Memperoleh sehingga 2x lebih mata keahlian apabila mereka berbelanja
  • Menebus baucar dan hadiah esklusif untuk ahli dengan mata keahlian mereka
  • Membeli set produk edisi terhad dan pakej, yang hanya tersedia semasa jualan

Musim jualan ini juga adalah masa yang paling sesuai untuk menjadi ahli jenama kegemaran kerana pembeli yang mendaftar untuk keahlian jenama pada masa ini akan berhak mendapat faedah tambahan dan hadiah alu-aluan seperti baucar diskaun ahli baharu dan mata ganjaran percuma.

Di Malaysia, Jualan LazMall Brand Members Day diterajui oleh lima jenama utama termasuk Abbott, Eucerin, Philips, Timberland, dan Xiaomi dan lebih 15 jenama sokongan yang menampilkan pelbagai pilihan kegemaran tempatan dan antarabangsa seperti Applecrumby, Aptamil, Bosch, BZU BZU, Dreame, Hisense, Hoppi, Huggies, Hugo Boss Fragrances, Kenvue, Marc Jacobs Fragrances, Nivea, Realme, Senheng dan Vivo.

Lazmall Brand day

Ramai lagi penjual tempatan di LazMall juga turut serta dalam jualan ini dengan promosi istimewa untuk ahli jenama mereka, memastikan pengguna mempunyai pelbagai pilihan produk dan tawaran yang sesuai dengan keperluan pasaran tempatan.

Beberapa tawaran yang boleh dinantikan oleh pengguna semasa Jualan LazMall Brand Members Day termasuk:

  1. Abbott: Tebus mata untuk baucar – 300 mata untuk diskaun RM50 (perbelanjaan min. RM50), atau 500 mata untuk diskaun RM100 (perbelanjaan min. RM100)

  2. Eucerin: Tebus 5,000 mata untuk baucar diskaun RM50; dapatkan hadiah percuma Eucerin pH5 Lotion (20ml) dengan setiap pesanan; dan beli set Brand Members Day dengan penjimatan sehingga 60%

  3. Philips: Diskaun ekslusif untuk ahli sehingga 15% (tanpa perbelanjaan minimum., terhad kepada RM500)

    Timberland: Penjimatan sehingga 70% pada produk terpilih; baucar diskaun 30% untuk masa terhad

  4. Xiaomi: Penjimatan sehingga 75% untuk pelbagai produk, dengan baucar eklusif untuk ahli bagi diskaun tambahan untuk TV, monitor, peranti boleh pakai, dan vakum robot

Untuk maklumat lanjut mengenai Jualan LazMall Brand Members Day, sila layari pautan ini mulai 18 Ogos, periksa aplikasi Lazada, atau layari www.lazada.com.my.