AirAsia kembali menawarkan kempen Tempat Duduk PERCUMA* dengan 10 juta tempat duduk promosi untuk terus menyokong industri pelancongan dan merangsang pertumbuhan ekonomi di seluruh rantau ini. Kempen ini juga bertujuan untuk meningkatkan kesalinghubungan dan memperkukuh ekonomi di 130 destinasi pelancongan yang ditawarkan.
Kempen ini membolehkan pengembara di rantau ini menerokai destinasi menakjubkan seperti Da Nang, Pattaya, Medan, Guwahati, Siem Reap serta banyak lagi secara percuma* dan merangsang ekonomi tempatan. Para pengembara juga boleh mengambil peluang ini untuk melancong dalam negara ke Kuching, Pulau Pinang, Langkawi dan Alor Setar seterusnya menyokong industri pelancongan dan ekonomi tempatan.

Bagi para pengembara yang ingin terbang lebih jauh, terokai destinasi antarabangsa dengan AirAsia X untuk merasai pengalaman menakjubkan atau hidangan tempatan enak di Taipei, Xi’an, Perth, Almaty, Tokyo, Seoul, dan banyak lagi. Tambang promosi ke pelbagai destinasi bermula daripada RM279** termasuk semua sehala.
Sempena kempen tempat duduk PERCUMA ini, AirAsia menganjurkan acara besar-besaran di Sunway Velocity, Kuala Lumpur selama dua hari bermula pada hari ini hingga Ahad 9 Jun 2024. Acara ini menawarkan peluang kepada para pengunjung untuk memenangi hadiah hebat termasuk penerbangan percuma, penginapan di hotel, barangan eksklusif dan banyak lagi daripada Santan, TTRacing, Montigo, Shihlin Taiwan Street Snacks, Everland Resort Korea, Elevete, Playmade dan Galaxy Macau Integrated Resort Andaz Macau.
Kempen Tempat Duduk PERCUMA* AirAsia bermula pada hari ini, 8 Jun 2024 pada jam 12 tengah hari (GMT+8). Semua penerbangan promosi boleh ditempah mulai hari ini sehingga 16 Jun 2024 hanya di aplikasi AirAsia MOVE (dahulu dikenali sebagai airasia Superapp) dan airasia.com untuk tempoh perjalanan antara 2 September 2024 hingga 8 Oktober 2025.
Parkson Malaysia Luggage Fair 2026 Himpunkan Pelbagai Jenama Bagasi dan Aksesori Perjalanan
Laluan Baharu ICQS Bukit Kayu Hitam Mula Operasi, Perjalanan Ke Hatyai Kini Lebih Lancar
Selangor Travel Fair 2026: Promosi Pakej Percutian, Tiket Tarikan Dan Pelbagai Aktiviti Menarik
U Mobile Perkenal ULTRA Tourist Plan, Gabungkan 100GB Data Bersama Grab Travel Pass Pada Harga RM15
Tiket Flight Mulai RM77! Traveloka Lancar 7.7 Epic Sale Serbu Hotel 5-Star Separuh Harga
Pasport Malaysia Baharu Dengan 94 Ciri Keselamatan Boleh Dimohon Mulai 1 Julai