GUESS! ONEW FANMEETING 2024 IN MALAYSIA: Tiket Mula Dijual Pada Harga Bermula RM258
Masa yang ditunggu-tunggu hampir tiba. Selepas 16 tahun dalam industri hiburan Korea Selatan, ini adalah kali pertama Onew akan bertemu peminatnya di Malaysia tahun ini.
Fan-meeting yang digelar sebagai GUESS! ONEW FANMEETING 2024 IN MALAYSIA, jangan ketinggalan untuk menyambut Onew pada 27 Julai 2024 kerana ia seperti ‘temu janji pertama’ dengan idola yang sudah lama di tunggu-tunggu.

Pertemuan bersejarah yang dibawa oleh MND Sport & Event Sdn Bhd & JS Concert Productions dijadualkan berlangsung di Stadium Malawati di Shah Alam, Selangor. Dengan pelbagai pencapaian yang telah dicapai sejak debutnya pada tahun 2008, MND Sport & Event Sdn Bhd juga percaya bahawa GUESS! ONEW FANMEETING 2024 IN MALAYSIA akan mendapat sambutan luar biasa daripada peminat yang telah lama menunggu kehadiran solo Onew di negara ini.
Tiket dengan kategori dan harga (CAT 3 – RM258), (CAT 2 – RM358), (CAT 1 – RM558), (SEAT – RM858) & (VIP SOUNDCHECK – RM988) boleh didapati melalui www.myticket.asia

Oleh itu, jangan ketinggalan pertemuan penuh sejarah dan bakal memulakan ‘kekacauan cinta’ dengan idola anda, Onew melalui GUESS! ONEW FANMEETING 2024 IN MALAYSIA di Stadium Shah Alam pada 27 Julai 2024.
