Musim Hari Raya adalah waktu yang paling dinanti-nantikan oleh ramai orang di Malaysia. Ia bukan sahaja menjadi peluang untuk berkumpul bersama keluarga tersayang, tetapi juga masa untuk merasai kegembiraan pulang ke kampung halaman. Bagi mereka yang ingin menjimatkan kos perjalanan dan menikmati perjalanan yang lebih santai, Easybook tampil dengan promosi istimewa Hari Raya 2026, diskaun sehingga 70% untuk tiket bas!
Dengan tawaran ini, anda boleh pulang ke kampung tanpa perlu risau tentang kos atau kepenatan memandu jauh. Bayangkan anda duduk dengan selesa, menikmati perjalanan sambil pemandu profesional mengemudi bas anda, sambil anda berehat untuk menyambut Hari Raya dengan tenang.
Nikmati Diskaun Sehingga 70% Dengan Kod EASYRAYA
Tempah tiket anda antara 1 hingga 31 Mac 2026 dan gunakan kod promo EASYRAYA untuk menikmati tawaran hebat ini. Promosi ini sah untuk semua tarikh perjalanan dan hanya terpakai untuk bas yang berlepas dari Malaysia.
Mengapa ambil bas untuk balik kampung?
- Lebih selesa dan santai berbanding memandu sendiri
- Mengurangkan risiko kesesakan dan tekanan pemanduan jauh
- Menjimatkan kos minyak, tol, dan bayaran parkir
- Sesuai untuk perjalanan bersama keluarga, rakan atau kumpulan
Dengan promosi ini, balik kampung bukan sahaja lebih murah tetapi juga lebih mudah, membolehkan anda menikmati suasana Raya tanpa stres.
Perincian Diskaun Mengikut Jenis Pengguna
Promosi ini menawarkan manfaat berbeza mengikut jenis pengguna:
Pengguna Baharu – Diskaun Sehingga 70%
- 35% diskaun segera (had RM10)
- 35% Reward Cash (had RM20)
Pengguna Sedia Ada – Diskaun Sehingga 35%
- 10% diskaun segera (had RM5)
- 25% Reward Cash (had RM10)
Reward Cash akan dikreditkan ke dalam Easybook Wallet dalam masa 1 jam selepas tempahan disahkan dan boleh digunakan untuk tempahan seterusnya. Ini bermakna walaupun anda pengguna sedia ada, namun anda masih berpeluang untuk berjimat dengan lebih lagi.
Maklumat Penting Untuk Tempahan
Untuk memastikan anda dapat menebus tawaran ini tanpa masalah, berikut antara syarat yang perlu diketahui:
- Promosi terhad kepada 4,500 penebusan pertama sahaja
- Kod promo sah untuk satu kali penggunaan sahaja bagi setiap akaun berdaftar
- Tidak boleh digabungkan dengan promosi lain
- Tidak termasuk cukai dan caj tambahan
- Easybook berhak untuk mengubah atau menamatkan promosi tanpa notis awal
Dengan maklumat ini, anda boleh merancang perjalanan Raya lebih awal tanpa terlepas peluang untuk menikmati diskaun menarik.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Easybook atau ikuti mereka di Facebook (Easybook) dan Instagram (@easybook.my).
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

Harga Minyak 10–16 September 2026: RON97, RON95 dan Diesel Melonjak 25 Sen, Brent Cecah AS$97.31
BEST Express Malaysia Sokong Peniaga Tempatan dengan Penyelesaian Penghantaran Fleksibel
Jangan Terburu-Buru Beli Kereta, Semak 6 Perkara Ini Sebelum Membuat Keputusan
Harga Minyak 3–9 September 2026: RON97, RON95 dan Diesel Turun 5 Sen, Had BUDI Dinaikkan Ke 300 Liter
Siri REDMI Note 17 Rasmi di Malaysia, Diterajui Note 17 Pro Max 5G dengan Bateri 10,000mAh
Harga Minyak 27 Ogos–2 Sept 2026: RON97, RON95 dan Diesel Tanpa Subsidi Naik 5 Sen