Bolt kini boleh diakses menerusi ChatGPT, sekali gus membawa perkhidmatannya kepada 900 juta pengguna aktif mingguan ChatGPT di seluruh dunia buat kali pertama. Pelancaran ini dilakukan serentak di semua pasaran Bolt beroperasi.
Menerusi integrasi ini, pengguna boleh berinteraksi dengan Bolt secara terus dalam ChatGPT. Mereka boleh melihat anggaran tambang lebih awal, membandingkan pilihan perjalanan serta menyemak anggaran masa ketibaan pemandu. Perbualan tersebut turut mencadangkan lokasi pengambilan yang paling sesuai, sekali gus membantu mengurangkan masa menunggu.

Apabila pengguna bersedia untuk bergerak, butiran perjalanan akan dipindahkan ke aplikasi Bolt bagi melengkapkan tempahan. Buat masa ini, pembayaran masih dilakukan melalui aplikasi Bolt. Namun begitu, Bolt merancang untuk memperkenalkan keupayaan membayar tambang secara terus dalam ChatGPT menjelang akhir tahun ini.
Integrasi ini diperkenalkan ketika AI semakin menjadi saluran utama yang digunakan pengembara untuk mencari maklumat dan merancang perjalanan. Menurut Bolt, berdasarkan kajian Accenture Consumer Pulse Research 2025 yang melibatkan 18,000 pengguna di 14 negara, sebanyak 80% pengembara global kini menggunakan alat AI untuk tujuan perjalanan, manakala lebih separuh daripada mereka sanggup membenarkan AI menguruskan keseluruhan perancangan perjalanan mereka.
Bolt kini tersedia menerusi gedung plugin ChatGPT, membolehkan pengguna mengakses perkhidmatan tersebut secara terus daripada chatbot.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

Prasarana Sediakan Pengangkutan Awam 24 Jam untuk Sambutan Hari Kebangsaan 2026 – Fahmi
POCO Carnival 2026 Kembali Sempena Ulang Tahun Ke-8, Tawar Diskaun Peranti Hingga RM500
REDMI A7 Kini di Malaysia, Harga RM469 dengan Bateri 5200mAh dan Skrin 6.88 Inci
KTMB Tawar Diskaun RM15 Tiket ETS Sempena Promosi 8.8 Awesome August
REDMI 17 Kini Tersedia di Malaysia dengan Bateri 7,500mAh, Harga Bermula RM699
Jualan 8.8 Merdeka realme: Penjimatan Sehingga 50% di Shopee, Lazada dan TikTok Shop