Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menawarkan Baucar Buku MADANI bernilai RM100 kepada pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang layak bagi membantu mengurangkan kos pembelian buku dan bahan bacaan akademik. Penebusan baucar ini boleh dibuat sepenuhnya secara dalam talian menerusi platform MySiswaPlace.
Pelaksanaan bagi pelajar IPT ini menyusuli penebusan Baucar Buku MADANI 2026 untuk pelajar sekolah menengah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), yang telah bermula pada 1 Julai 2026 menerusi platform Book Capital.
Setiap pelajar IPT yang layak akan menerima baucar bernilai RM100 yang boleh digunakan untuk membeli buku dan bahan bacaan akademik. Nilai tersebut turut merangkumi kos penghantaran, pembungkusan dan pembekalan. Sekiranya jumlah pembelian melebihi RM100, pelajar perlu menanggung sendiri baki bayaran.
Siapa Yang Layak?
Baucar Buku MADANI ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang berstatus aktif sebagai pelajar sehingga 31 Mac 2026 dan mengikuti pengajian secara sepenuh masa atau separuh masa di peringkat Sijil, Asasi, Diploma, Diploma Lepasan Ijazah, Sarjana Muda, Sarjana, Doktor Falsafah (PhD) atau kursus profesional bertaraf diploma dan ke atas yang diiktiraf oleh kerajaan atau badan profesional di Malaysia.
Pelajar mestilah menuntut di IPT di bawah seliaan KPT, termasuk Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS). Kelayakan ini turut merangkumi pelajar yang sedang menjalani latihan industri atau work-based learning, mendaftar terus ke IPT tanpa melalui saluran Unit Pusat Universiti (UPU), serta bakal graduan yang akan menghadiri majlis konvokesyen pada tahun 2026, selagi masih berstatus aktif pada 31 Mac 2026.
Untuk semakan lanjut mengenai status kelayakan, pelajar boleh menghubungi Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) di institusi masing-masing.
Cara Semak Status Kelayakan
Semakan status kelayakan boleh dibuat menerusi portal MySiswaPlace bermula jam 11.00 pagi pada 15 Julai 2026.
Untuk membuat semakan, pelajar perlu:
- Memasukkan nombor kad pengenalan
- Memasukkan nombor matrik
- Log masuk ke akaun MySiswaPlace
Sekiranya layak, nilai baucar RM100 akan disimpan dalam akaun pelajar dan boleh digunakan untuk membuat pembelian. Pelajar boleh membuat bayaran tambahan menggunakan kaedah pembayaran yang disediakan, termasuk FPX dan e-dompet seperti Touch ’n Go eWallet jika pembelian melebihi RM100.
Cara Tebus Baucar Buku MADANI

Kredit: MySiswa Place

Kredit: MySiswa Place

Kredit: MySiswa Place

Kredit: MySiswa Place
Penebusan baucar dibuka bermula jam 11.00 pagi pada 15 Julai 2026 dan perlu diselesaikan selewat-lewatnya pada jam 11.59 malam, 31 Oktober 2026.
Setiap baucar yang dijana mempunyai tempoh sah laku selama tujuh hari, bersama tambahan tempoh penangguhan atau grace period selama lima hari. Ini bermakna pelajar perlu melengkapkan pembelian dalam tempoh maksimum 12 hari selepas baucar dijana.
Sekiranya pembelian tidak diselesaikan dalam tempoh tersebut, baucar akan terbatal dan luput secara automatik.
Saluran Bantuan
Sebarang pertanyaan atau aduan berkaitan Baucar Buku MADANI boleh diajukan kepada pihak MySiswaPlace menerusi fungsi Live Chat di portal rasmi atau melalui e-mel di hello@mysiswaplace.my.
Sekiranya nama anda tidak tersenarai sebagai penerima walaupun memenuhi syarat kelayakan, sila hubungi Bahagian Hal Ehwal Pelajar di institusi pengajian masing-masing untuk semakan lanjut.
Sumber: MySiswaPlace
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

Cara Menentukan Arah Kiblat Melalui Fenomena Istiwa A’zam Dan Lintasan Harian Matahari
SCORE Marathon 2026 Putrajaya: Info Penutupan Jalan Dan Tip Penting Untuk Pelari
Skim LINDUNG 24 Jam PERKESO: Panduan Lengkap Cara Opt-Out Melalui Notis Pelepasan Liabiliti
Tiket KTM/ETS Ke Johor Untuk PRN Dah Buka: Ini Cara Tempah & Trik Balik Mengundi Tanpa Poket Kering!
5 Tip Shopping Fesyen Sempena Jualan 7.7 Dengan Google Search, Lens Dan AI Mode
Bonus Dah Masuk? Ini 7 Cara Reward Diri Dengan Bajet Bawah RM3,000