Pengeluaran tunai antara bank di ATM dan Smart Recycler Machine (SRM) seluruh Malaysia tidak lagi dikenakan caj RM1, berkuat kuasa 1 Julai 2026.
Menerusi kenyataan bersama The Association of Banks in Malaysia (ABM), Association of Islamic Banking and Financial Institutions Malaysia (AIBIM) dan Association of Development Finance Institutions Malaysia (ADFIM), pemegang kad debit di Malaysia boleh mengeluarkan wang tunai di mana-mana ATM atau SRM yang dikendalikan oleh bank-bank tempatan tanpa caj pengeluaran antara bank.
Pemansuhan caj pengeluaran antara bank ini dilihat sebagai langkah untuk memastikan akses kepada wang tunai kekal mudah, inklusif dan mampu milik untuk semua lapisan masyarakat.
Walaupun Malaysia bergerak ke arah ekonomi yang semakin digital, bank-bank tempatan menegaskan bahawa pengguna harus mempunyai kebebasan untuk memilih kaedah pembayaran yang paling sesuai dengan keperluan mereka, sama ada menggunakan wang tunai atau pembayaran tanpa tunai.
Dengan pelaksanaan inisiatif ini, akses kepada perkhidmatan pengeluaran tunai dijangka menjadi lebih mudah dan menjimatkan bagi pengguna di seluruh negara.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

TNG eWallet Tambah FlexiCredit GXBank ke CashLoan dengan Had Kredit Sehingga RM150,000
TikTok Shop Kenakan SST 6% untuk Caj Penghantaran Penjual Bermula September
Fi Life Henti Jualan Polisi Insurans Baharu Mulai 26 Ogos 2026, Pemegang Polisi Sedia Ada Tidak Terjejas
Ryt Bank Kini Benarkan Pengaktifan Akaun Menerusi ATM dan Cawangan Bank
Samsung Wallet Kini Sokong MBSB Bank – Belanja RM30, Berpeluang Menang Galaxy Tab
DuitNow Tergendala 4 Jam Pada 18 Ogos – Rancang Transaksi Anda Lebih Awal