MR D.I.Y. Kekalkan Harga Barang Keperluan Harian Melalui Inisiatif ‘Harga Tetap Sama’
Dalam keadaan kos sara hidup yang masih menjadi perhatian ramai, harga barangan keperluan harian antara perkara yang paling dirasai pengguna. Bagi membantu pelanggan berbelanja dengan lebih yakin, MR D.I.Y. kini memperkenalkan inisiatif ‘Harga Tetap Sama’ di seluruh negara.
Menerusi inisiatif ini, MR D.I.Y. memastikan harga untuk pelbagai produk harian terpilih kekal stabil, sekali gus memberi lebih kepastian kepada pelanggan ketika membeli barangan keperluan rumah.
Harga Kekal Untuk Pelbagai Produk Harian
Dilancarkan pada awal bulan ini, inisiatif ‘Harga Tetap Sama’ merangkumi pelbagai kategori produk penting yang biasa dibeli pelanggan untuk kegunaan harian.
Antara kategori yang terlibat termasuk:
- Plastik sampah
- Bateri
- Makanan dan minuman
- Alat tulis
- Kelengkapan rumah
- Peralatan sekolah
- Keperluan rumah harian
Dengan harga yang lebih konsisten, pelanggan boleh merancang perbelanjaan dengan lebih mudah tanpa terlalu risau tentang perubahan harga mendadak untuk barangan tertentu.
Sokongan Praktikal Untuk Isi Rumah

Menurut MR D.I.Y., inisiatif ini diperkenalkan ketika pengguna masih berdepan tekanan daripada peningkatan kos sara hidup, termasuk kesan inflasi dunia dan kenaikan kos bahan api.
Ketua Pegawai Eksekutif MR D.I.Y., Adrian Ong berkata, kenaikan harga walaupun kecil boleh memberi kesan dari semasa ke semasa kepada isi rumah. Oleh itu, usaha mengekalkan harga yang stabil diharap dapat membantu mengurangkan sedikit tekanan terhadap pelanggan.
Beliau turut menegaskan bahawa kemampuan bukanlah satu kemewahan, sebaliknya keperluan harian. Menerusi inisiatif ini, MR D.I.Y. mahu pelanggan terus yakin bahawa mereka masih boleh mendapatkan nilai harian selaras dengan janji jenama tersebut, ‘Always Low Prices’.
Melalui usaha ini, MR D.I.Y. terus mengekalkan fokusnya untuk menawarkan harga yang lebih mudah diakses oleh rakyat Malaysia, sambil membantu isi rumah kekal berdaya tahan dalam persekitaran ekonomi yang mencabar.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!
