April 15, 2026

KTMB Tawar Diskaun 30% Tiket ETS dan ERT Bermula 15 April 2026

ktmb-diskaun-30

Bagi yang merancang perjalanan dengan kereta api dalam tempoh beberapa bulan akan datang, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini menawarkan diskaun 30% untuk pembelian tiket ETS bagi semua sektor, selain turut melibatkan perkhidmatan Ekspres Rakyat Timuran (ERT) untuk laluan JB Sentral – Tumpat – JB Sentral.

Inisiatif ini diumumkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia bersama KTMB sebagai sebahagian daripada usaha menggalakkan lebih ramai rakyat memilih pengangkutan rel, di samping membantu mengurangkan kos perjalanan.

Guna Kod Promo MADANI30 Untuk Diskaun 30%

Untuk menikmati tawaran ini, pengguna hanya perlu memasukkan kod promo MADANI30 sebelum membuat pembayaran. Promosi pembelian tiket dibuka bermula 15 April 2026 dan sah sehingga 30 April 2026.

Tiket promosi ini boleh dibeli menerusi aplikasi KITS Style, laman tempahan yang dikongsikan KTMB, serta semua medium pembelian tiket rasmi KTMB yang lain.

Bagi perjalanan ETS, tempoh perjalanan yang layak adalah dari 15 April 2026 hingga 14 Oktober 2026. Untuk ERT pula, tempoh perjalanan promosi adalah dari 15 April 2026 hingga 30 Jun 2026.

Tidak Sah Ketika Cuti Sekolah, Cuti Umum dan Hujung Minggu

Walau bagaimanapun, tawaran diskaun ini tidak terpakai semasa musim cuti sekolah dan cuti umum serta hujung minggu. Pengecualian ini dibuat bagi membolehkan kapasiti tren diuruskan dengan lebih teratur dan efisien, terutama ketika permintaan penumpang berada pada paras tinggi.

Selain itu, diskaun ini juga tidak terpakai untuk beberapa kategori tertentu, termasuk:

  • Tiket Kelas Perniagaan bagi tren ET
  • Tiket Kelas 1 dan Kelas Tempat Tidur untuk perkhidmatan ERT
  • Pemegang tiket konsesi

Semua terma dan syarat berkaitan tawaran ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa oleh pihak KTMB.

    Galak Lebih Ramai Pilih Pengangkutan Rel

    Pemberian diskaun ini juga dilihat seiring dengan usaha kerajaan untuk memperluaskan penggunaan pengangkutan awam, khususnya kereta api, dalam kalangan rakyat Malaysia. Dalam keadaan kos perjalanan terus menjadi perhatian ramai, tawaran seperti ini sedikit sebanyak boleh membantu pengguna merancang bajet perjalanan dengan lebih baik.

    Bagi yang bercadang untuk pulang ke kampung, urusan kerja atau merancang perjalanan antara negeri dalam tempoh tersebut, ini adalah masa yang sesuai untuk membuat tempahan lebih awal bagi mendapatkan tempat duduk dan menikmati penjimatan yang ditawarkan.

    Untuk maklumat lanjut berhubung terma dan syarat promosi ini, orang ramai boleh melayari laman rasmi KTMB atau ikuti saluran media sosial rasmi mereka di Facebook (KTM Berhad) dan Instagram (@ktmbofficial).

    Foto: KTMB


    Nak dapatkan berita, maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah! 👇🏻

    Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads | Whatsapp