Zakat fitrah adalah kewajipan ke atas setiap individu Muslim yang mampu, dan perlu ditunaikan bagi menyempurnakan ibadah puasa sepanjang Ramadan. Bagi tahun 1447H / 2026M, kadar zakat fitrah telah ditetapkan mengikut negeri dengan kadar minimum bermula serendah RM7.50 seorang, bergantung kepada jenis beras yang dimakan.
Dalam tempoh akhir Ramadan ini, pembayaran zakat fitrah tidak wajar ditangguhkan bagi mengelakkan terlepas waktu yang ditetapkan, terutama apabila urusan kini boleh dilakukan dengan mudah secara dalam talian.
Mengapa Perlu Bayar Zakat Fitrah?
Zakat fitrah bukan sekadar kewajipan, tetapi mempunyai tujuan yang jelas dalam kehidupan masyarakat. Antaranya:
- Menyucikan ibadah puasa daripada kekurangan sepanjang Ramadan
- Membantu golongan memerlukan, supaya mereka juga dapat menyambut Hari Raya dengan lebih sempurna
- Menggalakkan solidariti sosial, dengan memastikan tiada golongan tercicir
Ringkasnya, zakat fitrah adalah ibadah yang menghubungkan tanggungjawab individu dengan kesejahteraan masyarakat.
Senarai Kadar Zakat Fitrah 2026 Mengikut Negeri

Berikut adalah kadar minimum dan kadar galakan:
- Johor: RM8.00/RM10.00/RM20.00
- Melaka: RM8.00/RM15.00/RM22.00
- Negeri Sembilan:RM7.50/RM12.00/RM20.00
- Pahang: RM8.00/RM14.00/RM21.00
- Kedah: RM9.00/RM15.00/RM23.00
- Pulau Pinang: RM10.00/RM15.00/RM25.00
- Wilayah Persekutuan: RM8.00/RM15.00/RM25.00
- Selangor: RM8.00/RM16.00/RM25.00
- Perak: RM10.00/RM16.00/RM25.00
- Terengganu: RM10.00/RM20.00
- Kelantan: RM10.00/RM22.00
- Sabah: RM7.50/RM15.00
- Perlis: RM9.00
- Sarawak: RM7.50
Kadar minimum ialah kadar wajib, manakala kadar lain adalah galakan bergantung kepada jenis beras yang dimakan.
Waktu Bayaran Zakat Fitrah

Dengan hanya beberapa hari sebelum Syawal, pembayaran zakat fitrah kini memasuki fasa penting.
Terdapat beberapa waktu pembayaran dengan hukum berbeza:
- Harus: Sepanjang bulan Ramadan
- Wajib: Pada akhir Ramadan (sebelum Maghrib hari terakhir)
- Afdal: Pagi sebelum solat sunat Hari Raya
- Makruh: Selepas solat sunat Hari Raya
- Haram: Selepas 1 Syawal (tanpa uzur)
Cara Bayar Zakat Fitrah
Pembayaran zakat fitrah boleh dilakukan sama ada secara dalam talian atau secara fizikal melalui saluran rasmi yang disediakan mengikut negeri masing-masing.
Bagi kaedah online, bayaran boleh dibuat melalui portal atau aplikasi zakat negeri, manakala pembayaran secara offline boleh dilakukan melalui amil yang dilantik atau kaunter bayaran zakat di lokasi tertentu.
Orang ramai disarankan untuk merujuk saluran rasmi negeri masing-masing dan memastikan bayaran dibuat melalui platform yang sah bagi menjamin zakat disalurkan kepada golongan yang berhak.
Maklumat lanjut boleh dirujuk melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia serta majlis agama Islam negeri masing-masing.
Nak dapatkan maklumat berita, promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

TNG eWallet Tambah FlexiCredit GXBank ke CashLoan dengan Had Kredit Sehingga RM150,000
TikTok Shop Kenakan SST 6% untuk Caj Penghantaran Penjual Bermula September
Fi Life Henti Jualan Polisi Insurans Baharu Mulai 26 Ogos 2026, Pemegang Polisi Sedia Ada Tidak Terjejas
Ryt Bank Kini Benarkan Pengaktifan Akaun Menerusi ATM dan Cawangan Bank
Samsung Wallet Kini Sokong MBSB Bank – Belanja RM30, Berpeluang Menang Galaxy Tab
DuitNow Tergendala 4 Jam Pada 18 Ogos – Rancang Transaksi Anda Lebih Awal