Sertai Saringan Kesihatan AI di Sunway Pyramid, Berpeluang Menang Raket Aaron Chia Bernilai RM1,500
Bersempena sambutan World Sleep Day 2026, AmLife membawakan satu acara khas dari 9 – 14 Mac di Sunway Pyramid. Acara ini memberi peluang kepada orang ramai mencuba saringan kesihatan berasaskan kecerdasan buatan (AI) sambil berpeluang memenangi hadiah eksklusif berkaitan pemain badminton negara, Aaron Chia.
Berlangsung di Orange Concourse, Level 2, ianya terbuka kepada pengunjung yang hadir secara walk-in. Selain mencuba saringan kesihatan AI yang disediakan, pengunjung juga berpeluang bertemu sendiri dengan Aaron Chia yang dijadualkan hadir ke acara tersebut pada jam 2:00 petang, 14 Mac 2026.
200 Peserta Terawal Terima Charm Edisi Terhad

Sebagai tarikan utama acara ini, 200 peserta terawal yang menyertai aktiviti saringan kesihatan akan menerima theCOVER x Aaron Chia Limited Edition “Athlete’s Touch ‘n Go Charm”.
Charm edisi khas ini merupakan kolaborasi eksklusif yang diinspirasikan oleh Aaron Chia dan direka sebagai collectible khas untuk peminat. Selain berfungsi sebagai aksesori, charm ini turut dilengkapi dengan teknologi NFC yang boleh digunakan sebagai kad Touch ‘n Go.
Peluang Menang Raket Yonex Edisi Khas
Selain hadiah untuk peserta terawal, pengunjung juga berpeluang memenangi Yonex Special Edition Racket Set yang ditandatangani oleh Aaron Chia. Set raket badminton edisi khas ini dianggarkan bernilai RM1,500 dan hanya satu set sahaja ditawarkan sepanjang acara ini.
Untuk mengambil bahagian dalam acara ini, pengunjung perlu melengkapkan Mirror-Mirror AI Health Screening Test yang disediakan di lokasi acara.
Pemenang akan dipilih berdasarkan mekanisme kempen yang diumumkan semasa acara berlangsung.
Sertai Saringan Kesihatan AI “Mirror-Mirror”

Saringan kesihatan ini menggunakan teknologi AI untuk memberikan analisis pantas berkaitan beberapa indikator kesihatan penting. Hasil saringan akan dipaparkan secara terus bagi membantu peserta memahami keadaan tubuh dan tahap pemulihan mereka.
Antara indikator yang akan dianalisis termasuk:
- Skor metabolisme
- Skor tidur
- Skor kesihatan
- Petunjuk kesejahteraan keseluruhan
Dengan keputusan yang dijana secara pantas, peserta boleh mendapatkan gambaran awal tentang tahap kesihatan mereka.
Jika anda berada di sekitar Sunway atau merancang untuk berkunjung ke Sunway Pyramid, acara ini boleh menjadi peluang menarik untuk mencuba saringan kesihatan berasaskan AI sambil berpeluang membawa pulang hadiah eksklusif dengan kolaborasi bersama Aaron Chia.
Untuk maklumat lanjut, ikuti laman media sosial rasmi AmLife di Facebook (AmLife International) dan Instagram (@amlife_international).
Nak dapatkan berita, maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!
