February 14, 2026

Malaysia Tersenarai Sebagai Destinasi Pelancongan Global Popular Suku Pertama 2026

2

Malaysia semakin mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi pelancongan pilihan dunia pada awal tahun 2026, selari dengan pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026). Menurut data terkini daripada Trip.com Group, negara ini kini tersenarai antara destinasi paling popular untuk pelancong antarabangsa dan serantau.

Berdasarkan data tempahan bagi suku pertama 2026, Malaysia berada dalam senarai 5 destinasi luar negara teratas bagi pelancong dari Asia Tenggara dan China, serta 10 destinasi pilihan utama pelawat dari Hong Kong, Taiwan dan Korea Selatan. Pada peringkat global pula, Kuala Lumpur menduduki tempat ke-8 bandar paling popular yang dirancang untuk dilawati, sebaris dengan bandar terkenal seperti Tokyo, Seoul dan Bangkok.

Pelancongan Serantau Jadi Pilihan Rakyat Malaysia

Dari sudut perjalanan rakyat tempatan, data Trip.com menunjukkan rakyat Malaysia lebih cenderung memilih perjalanan jarak dekat dan sederhana pada awal 2026. Penerbangan jarak kurang 2,000km dan antara 2,000km hingga 5,000km mencatatkan jumlah tempahan tertinggi.

Bagi destinasi dalam negara, Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Pulau Pinang, Kuching dan Johor Bahru menjadi pilihan utama. Manakala destinasi luar negara paling popular dalam kalangan rakyat Malaysia ialah China, Singapura, Jepun, Thailand dan Indonesia.

Dari segi demografi, golongan milenial kekal sebagai kumpulan pelancong terbesar dengan menyumbang 51% daripada jumlah tempahan, mengatasi Gen X (24%) dan Gen Z (21%). Trend ini menunjukkan permintaan berterusan terhadap pengalaman pelancongan yang fleksibel dan mesra keluarga.

Taman Tema Kekal Tarikan Utama

Pengalaman mesra keluarga terus menjadi tumpuan, dengan taman tema muncul sebagai tarikan paling banyak ditempah oleh rakyat Malaysia, sama ada di dalam atau luar negara. Pengalaman mesra keluarga terus menjadi tumpuan, dengan beberapa francais taman tema terkenal muncul sebagai tarikan antarabangsa paling banyak ditempah oleh rakyat Malaysia, khususnya taman tema utama di serata Asia.

Dalam negara pula, Genting SkyWorlds Theme Park, Sunway Lagoon Theme Park dan Skytropolis Indoor Theme Park disenaraikan sebagai tarikan domestik paling popular untuk tahun 2026.

Malaysia Terus Kukuh Sebagai Hab Pelancongan

Menurut Trip.com, peningkatan minat ini mencerminkan daya tarikan Malaysia yang merangkumi bandar moden, keindahan alam semula jadi, tarikan mesra keluarga serta kepelbagaian budaya. Dengan sokongan VM2026, Malaysia dilihat berada di landasan tepat untuk terus menarik lebih ramai pelancong antarabangsa dan domestik sepanjang tahun 2026.

Untuk pengguna yang merancang percutian, trend ini juga memberi gambaran jelas tentang destinasi dan jenis pengalaman yang semakin mendapat permintaan, terutamanya perjalanan serantau dan tarikan berkonsepkan hiburan keluarga.


Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah! 

Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads | Whatsapp