February 12, 2026

PM Umum Bantuan SARA RM100 Dikredit 9 Februari 2026, STR & SARA Bulanan Bermula Januari

sara-one-off

Semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas bakal menerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara one-off sebanyak RM100 yang akan dikreditkan terus ke MyKad masing-masing bermula 9 Februari 2026, umum Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut beliau, bantuan ini melibatkan kira-kira 22 juta rakyat Malaysia dan bertujuan meringankan kos sara hidup, khususnya bagi membantu persiapan menyambut bulan Ramadan serta Tahun Baharu Cina yang bakal tiba.

“SARA tahun ini untuk semua rakyat, iaitu 22 juta rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas, kita akan kreditkan pada 9 Februari ini,” kata Anwar ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan dan Amanat Tahun 2026 Jabatan Perdana Menteri

Kredit tanpa tunai melalui MyKad

Untuk makluman, bantuan RM100 SARA ini disalurkan dalam bentuk kredit tanpa tunai yang dimasukkan terus ke dalam MyKad penerima. Kredit tersebut boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di lebih 7,300 premis peruncitan berdaftar di seluruh negara, termasuk pasar raya dan kedai runcit terpilih.

Bantuan ini adalah berasingan daripada SARA bulanan dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), dan boleh dimanfaatkan sepenuhnya bagi mengurangkan beban perbelanjaan harian rakyat. Untuk makluman, SARA bulanan akan mula dikreditkan bermula 9 Januari, manakala STR 2026 Fasa 1 pula akan disalurkan bermula 20 Januari.

Pendaftaran peniaga kecil diperluas

Dalam pengumuman sama, Perdana Menteri turut memaklumkan bahawa kerajaan akan memperluaskan pendaftaran baharu program SARA kepada peniaga kecil dan kedai runcit, terutamanya di kawasan luar bandar dan perkampungan.

Sasaran kerajaan adalah untuk melibatkan 10,000 peniaga kecil dalam program SARA pada tahun ini, sekali gus memberi manfaat bukan sahaja kepada pengguna, malah membantu peniaga tempatan meningkatkan jualan.

STR 2026 Fasa 1 bermula 20 Januari

Selain SARA, Anwar turut mengumumkan bahawa pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 Fasa 1 akan mula disalurkan bermula 20 Januari 2026, dengan bayaran sehingga RM500 mengikut kelayakan penerima. Pada masa sama, pembayaran SARA bulanan bagi penerima layak turut akan dikreditkan bermula 9 Januari 2026 melalui MyKad.

Orang ramai boleh membuat semakan kelayakan dan maklumat bantuan melalui:

Bantuan SARA serta STR  ini dijangka memberi kelegaan kepada jutaan rakyat Malaysia dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup, khususnya menjelang musim perayaan utama negara.


Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah! 👇🏻

Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads | Whatsapp