Kementerian Kewangan Malaysia mengumumkan pelarasan harga runcit mingguan produk petroleum bagi tempoh 18 Disember hingga 24 Disember 2025, selaras dengan perubahan harga pasaran minyak mentah dunia dengan pelaksanaan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).
Bagi minggu ini, beberapa kategori bahan api mencatatkan penurunan harga, melibatkan petrol RON97, RON95 tanpa subsidi serta diesel di Semenanjung Malaysia.
Harga Runcit Produk Petroleum (18 – 24 Disember 2025)
Berikut ialah harga runcit baharu yang berkuat kuasa mulai Khamis, 18 Disember 2025:
- RON97: 🔻 Turun 3 sen kepada RM3.24 seliter
- RON95 Tanpa Subsidi: 🔻 Turun 2 sen kepada RM2.62 seliter
- RON95 Bersubsidi (BUDI95): ➡️ Kekal pada RM1.99 seliter
- Diesel Semenanjung Malaysia: 🔻 Turun 4 sen kepada RM3.02 seliter
- Diesel Sabah, Sarawak & Labuan: ➡️ Kekal pada RM2.15 seliter
Kerajaan Terus Pantau Harga Minyak Dunia
Menurut kenyataan rasmi, kerajaan akan terus memantau perkembangan harga minyak mentah global serta mengambil kira pergerakan pasaran semasa dalam penetapan harga runcit petrol dan diesel secara mingguan. Langkah ini bertujuan memastikan kestabilan harga serta kebajikan rakyat terus terpelihara.
Harga ini berkuat kuasa dari 18 Disember hingga 24 Disember 2025.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

Harga Minyak 10–16 September 2026: RON97, RON95 dan Diesel Melonjak 25 Sen, Brent Cecah AS$97.31
BEST Express Malaysia Sokong Peniaga Tempatan dengan Penyelesaian Penghantaran Fleksibel
Jangan Terburu-Buru Beli Kereta, Semak 6 Perkara Ini Sebelum Membuat Keputusan
Harga Minyak 3–9 September 2026: RON97, RON95 dan Diesel Turun 5 Sen, Had BUDI Dinaikkan Ke 300 Liter
Siri REDMI Note 17 Rasmi di Malaysia, Diterajui Note 17 Pro Max 5G dengan Bateri 10,000mAh
Harga Minyak 27 Ogos–2 Sept 2026: RON97, RON95 dan Diesel Tanpa Subsidi Naik 5 Sen