Berita baik untuk anda yang merancang kunjungan ke LaLaport Bukit Bintang City Centre (BBCC)! Kini anda boleh menikmati 3 perjalanan percuma ke destinasi popular ini dengan perkhidmatan shuttle on-demand mobi. Cepat, mudah dan mesra pengguna – hanya ikuti 3 langkah mudah untuk menempah perjalanan anda!
Apa Itu mobi?
mobi ialah perkhidmatan perkongsian pengangkutan atas permintaan yang menggunakan sistem AI bagi merancang laluan terbaik ke destinasi anda. Dengan harga tetap dan kawasan liputan tertentu, ia menyediakan kemudahan pengangkutan yang lancar tanpa perlu risau soal perubahan tambang.
Cara Menempah Perjalanan ke LaLaport BBCC
1. Muat Turun Aplikasi

Muat turun aplikasi “mobi Community Mobility” di Apple App Store atau Google Play Store.
2. Daftar dan Tuntut Perjalanan Percuma

Daftar sebagai ahli dan tebus 3 perjalanan percuma anda. Gunakan kod promosi: MYA20258 semasa pendaftaran atau selepas akaun aktif.
3. Pilih Lokasi dan Tempah

Pilih hentian maya (virtual stops) untuk lokasi jemputan dan penghantaran melalui aplikasi. Anda akan menerima maklumat waktu ketibaan serta anggaran tempoh perjalanan secara terus.
Kekerapan Perjalanan
mobi beroperasi dengan selang masa sekitar 30 minit semasa waktu puncak (terutamanya waktu pagi), manakala pada luar waktu puncak, kenderaan akan tiba setiap 40 hingga 45 minit. Ini memberikan anda fleksibiliti untuk merancang perjalanan ke LaLaport BBCC mengikut kesesuaian waktu anda.
Mengapa Pilih mobi?
Dengan gabungan kemudahan tempahan mudah alih, perkhidmatan tepat masa, serta tawaran 3 perjalanan percuma, mobi memberikan alternatif pengangkutan yang menjimatkan dan mesra pengguna. Ia sangat sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin ke LaLaport BBCC tanpa perlu risau tentang kos parkir atau kesesakan lalu lintas.
Jangan lupa gunakan kod promosi ini dan mulakan perjalanan anda ke LaLaport BBCC hari ini!
Untuk maklumat lanjut & tempahan, layari laman web rasmi mobi Community Mobility atau ikuti LaLaport BUKIT BINTANG CITY CENTRE.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

Harga Minyak 10–16 September 2026: RON97, RON95 dan Diesel Melonjak 25 Sen, Brent Cecah AS$97.31
BEST Express Malaysia Sokong Peniaga Tempatan dengan Penyelesaian Penghantaran Fleksibel
Jangan Terburu-Buru Beli Kereta, Semak 6 Perkara Ini Sebelum Membuat Keputusan
Harga Minyak 3–9 September 2026: RON97, RON95 dan Diesel Turun 5 Sen, Had BUDI Dinaikkan Ke 300 Liter
Siri REDMI Note 17 Rasmi di Malaysia, Diterajui Note 17 Pro Max 5G dengan Bateri 10,000mAh
Harga Minyak 27 Ogos–2 Sept 2026: RON97, RON95 dan Diesel Tanpa Subsidi Naik 5 Sen