Harga Minyak Terkini (27 November – 3 Disember 2025): RON97, RON95 & Diesel Turun 2 Sen
Kementerian Kewangan Malaysia telah mengeluarkan harga runcit mingguan petroleum bagi tempoh 27 November hingga 3 Disember 2025, selaras dengan pergerakan harga minyak mentah global di bawah formula Automatic Pricing Mechanism (APM).
RON97, RON95 Tanpa Subsidi & Diesel Semenanjung Diturunkan
Mulai Khamis, 27 November 2025, tiga produk utama mencatat penurunan:
- RON97: 🔻 Turun 2 sen kepada RM3.26/liter
- RON95 Tanpa Subsidi: 🔻 Turun 2 sen kepada RM2.63/liter
- RON95 BUDI95: ➡️ Kekal pada RM1.99/liter
- Diesel Semenanjung: 🔻 Turun 2 sen kepada RM3.08/liter
- Diesel Sabah, Sarawak & Labuan: ➡️ Kekal pada RM2.15/liter
Diesel Catat Penurunan Selepas Empat Minggu Kenaikan
Dengan pengumuman harga baharu ini, diesel di Semenanjung akhirnya merekodkan penurunan pertama selepas empat minggu kenaikan berturut-turut:
- 30 Okt – 5 Nov 2025: Naik 6 sen ➡️ RM2.95/liter
- 6 – 12 Nov 2025: Naik 7 sen ➡️ RM3.02/liter
- 13 – 19 Nov 2025: Naik 5 sen ➡️ RM3.07/liter
- 20 – 26 Nov 2025: Naik 3 sen ➡️ RM3.10/liter
- 27 Nov – 3 Dis 2025: Turun 2 sen ➡️ RM3.08/liter
Kerajaan memaklumkan bahawa harga bahan api ini akan terus disemak berdasarkan trend minyak mentah global, dengan fokus menjaga kestabilan harga dan kebajikan pengguna.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!
