Kementerian Kewangan Malaysia telah mengumumkan harga runcit mingguan produk petroleum bagi tempoh 20 hingga 26 November 2025, selaras dengan perkembangan harga minyak mentah dunia menerusi formula Automatic Pricing Mechanism (APM).
RON97 & Diesel Semenanjung Naik 3 Sen
Berikut ialah harga runcit rasmi yang berkuat kuasa mulai Khamis, 20 November 2025:
- RON97: 🔺 Naik 3 sen kepada RM3.28/liter
- RON95 Tanpa Subsidi: ➡️ Kekal pada RM2.65/liter
- RON95 Bersubsidi (BUDI95): ➡️ Kekal pada RM1.99/liter
- Diesel Semenanjung Malaysia: 🔺 Naik 3 sen kepada RM3.10/liter
- Diesel Sabah, Sarawak & Labuan: ➡️ Kekal pada RM2.15/liter
Diesel Catat Kenaikan Berterusan
Dengan pengumuman baharu ini, harga diesel di Semenanjung menunjukkan trend menaik selama empat minggu berturut-turut:
- 30 Okt – 5 Nov 2025: Naik 6 sen ➡️ RM2.95/liter
- 6 – 12 Nov 2025: Naik 7 sen ➡️ RM3.02/liter
- 13 – 19 Nov 2025: Naik 5 sen ➡️ RM3.07/liter
- 20 – 26 Nov 2025: Naik 3 sen ➡️ RM3.10/liter
Kerajaan memaklumkan bahawa harga runcit bahan api akan terus disemak berdasarkan tren pasaran minyak mentah global, namun kesejahteraan rakyat dan kestabilan harga kekal menjadi keutamaan.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

Harga Minyak 10–16 September 2026: RON97, RON95 dan Diesel Melonjak 25 Sen, Brent Cecah AS$97.31
BEST Express Malaysia Sokong Peniaga Tempatan dengan Penyelesaian Penghantaran Fleksibel
Jangan Terburu-Buru Beli Kereta, Semak 6 Perkara Ini Sebelum Membuat Keputusan
Harga Minyak 3–9 September 2026: RON97, RON95 dan Diesel Turun 5 Sen, Had BUDI Dinaikkan Ke 300 Liter
Siri REDMI Note 17 Rasmi di Malaysia, Diterajui Note 17 Pro Max 5G dengan Bateri 10,000mAh
Harga Minyak 27 Ogos–2 Sept 2026: RON97, RON95 dan Diesel Tanpa Subsidi Naik 5 Sen