Tambah Nilai & Dapat Pulangan Tahunan 5% – MAE Sambut Ulang Tahun Ke-5 Dengan Pelbagai Tawaran Menarik!
MAE kini menyambut ulang tahun ke-5 dengan kempen yang cukup menarik untuk pengguna. Anda boleh menikmati pulangan tahunan sehingga 5% hanya dengan tambah nilai ke MAE Wallet melalui pindahan daripada bank atau eWallet lain.
Kempen ini sah sehingga 31 Disember 2025, dan tiada proses rumit untuk menyertainya.
Cara Sertai & Dapat Pulangan 5%

Untuk menyertai, ikuti langkah mudah berikut:
- Pindahkan minimum RM200 dari bank atau eWallet lain ke MAE Wallet.
- Masukkan kod “MAETurns5” dalam ruangan recipient reference semasa pemindahan.
- Kekalkan jumlah tersebut dalam wallet anda untuk layak terima pulangan.
Anda boleh buat sehingga 3 kali pemindahan, lebih awal anda pindahkan, lebih banyak pulangan anda akan kumpul setiap hari.
Had simpanan bergantung pada jenis akaun, di mana jika anda tidak mempunyai Kad Debit MAE, had wallet adalah RM4,999.99. Namun, jika anda mempunyai Kad Debit MAE, hadnya meningkat kepada RM10,000.
Dapatkan Sehingga RM15 Cashback Dengan Scan & Pay

Dari 1 November hingga 31 Disember 2025, anda juga boleh dapat cashback sehingga RM15 melalui fungsi Scan & Pay dalam aplikasi MAE.
Caranya mudah:
- Lakukan 5 transaksi QR bernilai RM15 dan ke atas
- Tekan butang “Join Now” di bahagian Tap, Track, Win dalam aplikasi MAE
- Transaksi akan direkod secara automatik selepas pendaftaran
Anda akan terima cashback sehingga RM15, terus ke dalam MAE Wallet anda.
Bonus Tambahan Guna FPX Maybank2u

Sambil kumpul pulangan, anda juga boleh menikmati diskaun & cashback dengan berbelanja di platform terpilih dan bayar menggunakan Maybank2u Online Banking (FPX):
1. Platform Dalam Talian (Shopee, TikTok Shop & Lazada)
- RM5 diskaun dengan perbelanjaan minimum RM15
- RM50 diskaun dengan perbelanjaan minimum RM300
- Tawaran sah pada tarikh jualan dua digit seperti 11.11, 12.12 atau tempoh promosi terpilih
- Terhad kepada siapa cepat dia dapat dan selagi stok kupon masih ada
2. Watsons (Laman web atau aplikasi Watsons)
- RM5 cashback dengan belanja minimum RM100
- Sah ketika jualan dua digit seperti 11.11 dan 12.12
- Terhad kepada pengguna terawal
3. Zus Coffee (Melalui Aplikasi ZUS)
- RM5 diskaun dengan pembelian minimum RM10
- Sah setiap hari Khamis
- Guna kod promo: MAETurns5
- Pembayaran mesti dibuat melalui FPX Maybank2u
Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan pulangan lebih tinggi daripada simpanan biasa, sambil menikmati pelbagai ganjaran eksklusif melalui aplikasi MAE! Tambah nilai, berbelanja dan kumpul cashback sebelum 31 Disember 2025 — semuanya mudah, tanpa sebarang langkah rumit.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi MAE by Maybank2u atau buka aplikasi MAE anda hari ini.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!
