Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kekal menjadi salah satu inisiatif utama kerajaan dalam membantu golongan B40 dan M40 mengurangkan beban kos sara hidup.
Berdasarkan maklumat awal di portal rasmi STR (LHDNM), terdapat beberapa perubahan penting bagi permohonan STR 2026. Salah satu perubahan utama yang perlu diberi perhatian ialah semua pemohon diwajibkan mendaftar akaun MySTR yang baharu, walaupun telah menerima STR sebelum ini atau telah memiliki akaun MySTR pada tahun-tahun terdahulu.
Namun, makluman terbaru daripada portal STR menyatakan bahawa log masuk ke akaun hanya boleh dilakukan menggunakan Log Masuk sedia ada bermula 15 Oktober 2025.

Ini bermaksud pengguna belum dapat mengakses akaun masing-masing sebelum tarikh tersebut.
Tak Perlu Isi Semula Semuanya – Data Lama Masih Ada
Walaupun akaun MySTR perlu didaftarkan semula, data permohonan lama anda akan dimuatkan secara automatik ke dalam sistem baharu. Ini bermakna:
- Anda tidak perlu isi semula semua maklumat dari awal
- Anda hanya perlu semak dan kemas kini maklumat yang berkaitan seperti alamat, status perkahwinan, dan lain-lain
- Selepas kemas kini, hanya tekan “Hantar” untuk lengkapkan permohonan
Langkah ini bertujuan memastikan semua data adalah terkini dan sah bagi permohonan STR 2026.
Permohonan Dibuka Sepanjang Tahun Mulai 13 Oktober 2025

Bermula 13 Oktober 2025, permohonan baharu dan perubahan maklumat boleh dibuat bila-bila masa sepanjang tahun, memberi fleksibiliti kepada semua pemohon untuk melengkapkan urusan tanpa tekanan masa.
Bagi mereka yang tidak pernah mengemas kini permohonan STR selama tiga (3) tahun berturut-turut, kemas kini permohonan adalah wajib untuk STR 2026. Ini bagi memastikan pemohon masih layak berdasarkan maklumat terkini.
Ringkasan Penting:
| Perkara | Maklumat |
|---|---|
| Tarikh mula permohonan | 13 Oktober 2025 |
| Tempoh permohonan | Sepanjang tahun |
| Log masuk MySTR | Bermula 15 Oktober 2025 |
| Data lama | Akan dimuatkan, hanya perlu semak & kemas kini |
| Kemas kini | Wajib jika tiada perubahan 3 tahun berturut-turut |
Untuk info lanjut dan pendaftaran, layari https://bantuantunai.hasil.gov.my
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

TNG eWallet Tambah FlexiCredit GXBank ke CashLoan dengan Had Kredit Sehingga RM150,000
TikTok Shop Kenakan SST 6% untuk Caj Penghantaran Penjual Bermula September
Fi Life Henti Jualan Polisi Insurans Baharu Mulai 26 Ogos 2026, Pemegang Polisi Sedia Ada Tidak Terjejas
Ryt Bank Kini Benarkan Pengaktifan Akaun Menerusi ATM dan Cawangan Bank
Samsung Wallet Kini Sokong MBSB Bank – Belanja RM30, Berpeluang Menang Galaxy Tab
DuitNow Tergendala 4 Jam Pada 18 Ogos – Rancang Transaksi Anda Lebih Awal