Dalam pembentangan Belanjawan 2026, kerajaan mengumumkan satu inisiatif besar – pendidikan percuma untuk peminjam PTPTN daripada keluarga miskin yang melanjutkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Inisiatif ini bakal memberi manfaat kepada 5,800 pelajar setiap tahun bermula 2026, dengan peruntukan sebanyak RM120 juta setahun.
Langkah ini adalah usaha berterusan kerajaan dalam memperkasakan mobiliti sosial dan memastikan akses kepada pendidikan tinggi berkualiti untuk semua golongan rakyat, khususnya golongan B40.
Pengecualian Bayaran Balik Untuk Graduan Cemerlang
Kerajaan turut mengumumkan bahawa bayaran balik pinjaman PTPTN akan dikecualikan untuk graduan yang memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama. Pengecualian ini terbuka kepada graduan daripada keluarga berpendapatan rendah dan pertengahan (B40 dan M40) dan dijangka melibatkan sekitar 6,000 peminjam dengan peruntukan tahunan sebanyak RM90 juta.
Tindakan Tegas Terhadap Peminjam Gagal Bayar
Dalam masa yang sama, kerajaan menegaskan bahawa peminjam PTPTN yang mampu tetapi enggan membayar balik pinjaman akan berdepan sekatan perjalanan ke luar negara. Langkah ini bertujuan memastikan keadilan kepada peminjam yang mematuhi tanggungjawab mereka.
Maklumat terperinci mengenai pelaksanaan program pendidikan percuma ini akan diumumkan oleh pihak PTPTN dari semasa ke semasa. Orang ramai disaran untuk merujuk laman rasmi PTPTN untuk perkembangan terkini.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

TikTok Shop Kenakan SST 6% untuk Caj Penghantaran Penjual Bermula September
Fi Life Henti Jualan Polisi Insurans Baharu Mulai 26 Ogos 2026, Pemegang Polisi Sedia Ada Tidak Terjejas
Ryt Bank Kini Benarkan Pengaktifan Akaun Menerusi ATM dan Cawangan Bank
Samsung Wallet Kini Sokong MBSB Bank – Belanja RM30, Berpeluang Menang Galaxy Tab
DuitNow Tergendala 4 Jam Pada 18 Ogos – Rancang Transaksi Anda Lebih Awal
Wise Kini Sokong Pembayaran DuitNow QR Menerusi Aplikasi di Malaysia