Belanjawan 2026: Bantuan Penghargaan SARA RM100 Fasa 2 Disalurkan Pertengahan Februari
Kerajaan Malaysia terus komited membantu rakyat meringankan kos sara hidup melalui pengumuman dalam Belanjawan 2026. Pelaksanaan Bantuan Penghargaan SARA RM100 secara one-off untuk kali kedua dijangka memberi manfaat kepada lebih 22 juta rakyat Malaysia.
Apa Itu Bantuan Penghargaan SARA?
Bantuan Penghargaan SARA ialah bantuan tunai tanpa tunai (cashless) bernilai RM100 secara one-off, yang akan dikreditkan terus ke dalam MyKad penerima. Tujuannya adalah untuk membantu rakyat membeli barangan keperluan asas di lebih 4,100 kedai berdaftar di seluruh negara.
Penerima hanya perlu menunjukkan MyKad semasa membuat pembelian tanpa perlu membawa wang tunai. Sebanyak 14 kategori barangan, meliputi lebih 90,000 produk, boleh dibeli melalui bantuan ini.
Siapa Yang Layak Terima?
- Semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas secara automatik
- Termasuk juga penerima bantuan SARA sedia ada
- Tiada permohonan diperlukan
Tarikh Bayaran dan Semakan Status SARA RM100
Bayaran akan mula disalurkan pada pertengahan Februari 2026, seiring dengan sambutan bulan Ramadan dan Tahun Baru Cina.
Orang ramai boleh membuat semakan status kelayakan melalui:
Tarikh semakan akan diumumkan kemudian.
Untuk maklumat terkini, layari laman rasmi SARA dan MyKasih.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!
