Isi Minyak RON95 Hanya RM1.99 Seliter dengan BUDI95 – Lebih Mudah Guna Setel!
Rakyat Malaysia yang layak kini boleh menikmati subsidi minyak RON95 pada harga hanya RM1.99 seliter melalui program BUDI MADANI RON95 (BUDI95). Bermula 30 September 2025, anda hanya perlu sahkan akaun buat kali pertama dan nikmati pengisian minyak tanpa perlu imbas MyKad setiap kali pengisian, semuanya lebih mudah dengan aplikasi Setel.
Apa Itu BUDI95?
BUDI95 ialah inisiatif kerajaan di bawah program BUDI MADANI yang membolehkan rakyat Malaysia menikmati harga subsidi RM1.99 seliter bagi petrol RON95 sehingga 300 liter sebulan. Untuk pemandu e-hailing, kuota tambahan akan disediakan bagi menyokong pendapatan mereka.
Cara Guna BUDI95 Di Setel
1. One-tap (tanpa turun dari kereta)
Kredit gambar: Setel
- Pilih nombor pam di aplikasi Setel
- Pam akan aktif secara automatik
- Isi minyak dan baki BUDI95 ditolak terus
2. Kaunter Stesen PETRONAS
Kredit gambar: Setel
- Tunjukkan kod dari aplikasi Setel
- Maklumkan jumlah dan jenis petrol kepada juruwang
- Isi minyak dan nikmati subsidi
Langkah Daftar dan Sahkan Akaun
Kredit gambar: Setel
Akaun Setel perlu disahkan terlebih dahulu untuk menikmati BUDI95. Semakan kelayakan boleh dibuat terus dalam aplikasi:
- Muat turun Setel dari App Store, Google Play atau Huawei AppGallery
- Daftar nombor telefon, isi maklumat diri dan tetapkan kod laluan
- Ambil gambar MyKad & swafoto untuk pengesahan
- Setelah disahkan, anda boleh mula menikmati subsidi dan ganjaran
Guna Setel Untuk BUDI95: Mudah, Pantas & Berbaloi
Kredit gambar: Setel
Dengan aplikasi Setel, anda boleh:
- Semak kelayakan dan lihat baki BUDI95 dalam aplikasi
- Isi minyak tanpa baris panjang melalui fungsi One-tap
- Nikmati 3x mata ganjaran Mesra Rewards untuk setiap transaksi
- Guna Setel Lite bagi telefon lama atau kawasan dengan liputan internet rendah
Setel juga memastikan keselamatan data pengguna dengan kawalan yang diselia oleh Bank Negara Malaysia.
Muat turun aplikasi Setel hari ini dan nikmati penjimatan minyak setiap bulan! Layari www.budimadani.gov.my atau ikuti Setel di media sosial (Facebook, Instagram, TikTok) untuk maklumat lanjut.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!
