Berikutan pelaksanaan inisiatif BUDI95 yang memerlukan pengesahan MyKad bagi menikmati subsidi petrol RON95, Jabatan Pendaftaran Negara menyediakan penggantian MyKad rosak secara PERCUMA. Inisiatif ini berlangsung dari 23 September hingga 7 Oktober 2025.
Terbuka di Semua Kaunter JPN Seluruh Negara

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, servis ini boleh didapati di kesemua 210 kaunter dan pejabat JPN di seluruh Malaysia. Kos penggantian akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan, dengan anggaran perbelanjaan sekitar RM714,660.
Namun, tawaran ini hanya terpakai untuk kerosakan cip MyKad. Gantian atas sebab lain seperti kehilangan, kerosakan fizikal tanpa masalah cip, atau untuk kemaskini maklumat, tetap akan dikenakan caj biasa.
Permintaan Gantian MyKad Meningkat
Statistik menunjukkan lonjakan permintaan gantian MyKad atas faktor cip rosak:
- Jun 2025: 32,819 permohonan
- Julai 2025: 40,371 permohonan
- Ogos 2025: 45,411 permohonan
- 1–21 September: 22,858 permohonan
Secara purata, lebih 43,000 permohonan gantian MyKad bagi kerosakan cip dibuat setiap bulan.
Tanda-Tanda Cip MyKad Anda Rosak

JPN menyarankan agar anda memeriksa cip MyKad anda berdasarkan tanda-tanda berikut:
- MyKad tidak dapat diimbas di mesin atau kiosk layan diri
- Data tidak dapat dikesan oleh bank atau agensi kerajaan
- Perlu kerap ulang imbas semasa urusan rasmi
- MyKad mengalami kerosakan fizikal seperti calar, retak atau bengkok
- MyKad melebihi 10 tahun dalam simpanan
Sebagai rujukan, jika anda berjaya menuntut bantuan SARA RM100, ini bermaksud cip anda masih dalam keadaan baik.
Jangan Lepaskan Peluang Ini
Sekiranya MyKad anda menunjukkan masalah cip seperti di atas, ambil peluang ini untuk gantikan secara percuma di mana-mana pejabat JPN berhampiran anda.
Tempoh tawaran: 23 September – 7 Oktober 2025
Lokasi: Semua pejabat & kaunter JPN seluruh negara
Untuk maklumat lanjut, lawati laman web rasmi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) atau ikuti mereka di Facebook untuk pengumuman terkini.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!
Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads | Whatsapp

Jangan Terburu-Buru Beli Kereta, Semak 6 Perkara Ini Sebelum Membuat Keputusan
Siri REDMI Note 17 Rasmi di Malaysia, Diterajui Note 17 Pro Max 5G dengan Bateri 10,000mAh
Bila Waktu Terbaik Untuk Tukar Telefon? Ini Perkara Yang Perlu Anda Pertimbangkan
TNG eWallet Tambah FlexiCredit GXBank ke CashLoan dengan Had Kredit Sehingga RM150,000
TikTok Shop Kenakan SST 6% untuk Caj Penghantaran Penjual Bermula September
5 Taman Pilihan di Kuala Lumpur Untuk Jogging dan Latihan Larian