May 13, 2026

Side Hustle dari Rumah: 6 Cara Rakyat Malaysia Boleh Jana Pendapatan Tambahan

Side-Hustle

Kos sara hidup yang semakin meningkat buat ramai orang Malaysia mula mencari jalan untuk tambah pendapatan bulanan. Ada yang mahu tampung perbelanjaan harian, ada yang nak menyimpan untuk masa depan, dan ada juga yang sekadar cari sedikit fleksibiliti kewangan.

Khabar baiknya, zaman digital hari ini menjadikan side hustle lebih mudah berbanding dahulu. Dengan hanya telefon pintar atau laptop bersama akses internet, sesiapa sahaja boleh mula. Dari freelancing digital sampai ke servis dari rumah, pilihan yang  ada sememangnya banyak.

Jadi, side hustle apa yang paling relevan untuk rakyat Malaysia sekarang? Jom tengok senarai di bawah.

1. Freelancing Digital

Kalau anda ada kemahiran tertentu, freelancing boleh jadi cara pantas untuk jana duit tambahan tanpa perlu keluar rumah. Permintaan untuk servis digital semakin meningkat, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga dari luar negara.

Platform seperti Fiverr, Upwork, dan media sosial memudahkan anda dapatkan pelanggan dari serata dunia.

Beberapa contoh bidang freelancing yang popular termasuk:

  • Penulisan & Copywriting – Tulis artikel blog, kandungan media sosial, skrip video, atau ayat iklan untuk pelbagai jenis bisnes.
  • Reka Grafik – Hasilkan logo, poster, banner, atau bahan promosi digital menggunakan Canva, Photoshop, atau Illustrator.
  • Suntingan Video – Hasilkan kandungan kreatif untuk TikTok, YouTube dan Instagram Reels yang menjadi strategi pemasaran utama masa kini.
  • Virtual Assistant (VA) – Bantu usahawan mengurus e-mel, jadual mesyuarat, khidmat pelanggan, atau tugas pentadbiran secara maya.

2. E-dagang & Jualan Semula

    Trend membeli-belah secara dalam talian terus meningkat dengan adanya platform seperti Shopee, Lazada, TikTok Shop, dan Carousell. Ini membuka peluang untuk anda mulakan bisnes kecil dengan modal rendah, malah ada yang tak perlukan modal langsung!

    Antara idea yang boleh anda pertimbangkan ialah:

    • Dropshipping – Jana pendapatan dengan menjual produk tanpa perlu pegang stok, penghantaran dikendalikan oleh pembekal.
    • Produk Homemade – Hasilkan dan pasarkan kuih raya, makanan frozen, sambal atau kraftangan dari rumah melalui jualan dalam talian.
    • Jual Barang Preloved – Gunakan Carousell, Shopee, atau TikTok Live untuk menjual baju bundle, aksesori, dan barangan terpakai yang masih elok.
    • Live Hosting – Jadi host untuk sesi jualan secara langsung di TikTok atau Shopee Live. Anda boleh menjual produk sendiri atau jadi host untuk kedai lain.

    3. Tutor & Coaching Online

    Kalau anda ada ilmu atau kemahiran tertentu, ia boleh dijadikan sumber pendapatan tambahan. Tak perlu keluar rumah, cukup dengan platform-platform seperti Zoom, Google Meet, atau Microsoft Teams.

    Pilihan yang boleh anda cuba:

    • Tuisyen Akademik – Ajar subjek Matematik, Sains, Bahasa Inggeris, atau mana-mana subjek yang anda mahir. Permintaan sangat tinggi, terutama untuk pelajar SPM.
    • Coaching Skill – Bimbing individu dalam bidang tertentu seperti kecergasan, pengurusan kewangan, muzik, atau memasak.
    • Webinar – Sampaikan ilmu atau pengalaman anda kepada ramai orang melalui sesi dalam talian yang interaktif dan mudah diakses.

    4. Servis Dari Rumah

    Bukan semua kerja sampingan perlu dilakukan secara digital. Ada juga servis praktikal yang boleh ditawarkan dari rumah, sesuai untuk isi rumah yang sibuk di bandar.

    Antara servis yang popular:

    • Servis Lipat & Seterika Pakaian – Tawarkan servis lipat dan seterika pakaian dengan caj mengikut beg, bakul atau helai, sesuai untuk isi rumah yang sibuk.
    • Pet Sitting / Boarding – Ramai pemilik haiwan mencari servis penjagaan haiwan peliharaan ketika mereka tiada di rumah, menjadikan servis ini satu peluang bernilai.
    • Home Baking & Catering – Sediakan kek, biskut, makanan sihat, atau lauk frozen dari rumah untuk tempahan harian atau majlis khas.

    5. Content Creator

    Ramai yang bermula sekadar suka-suka, tapi akhirnya jadikan content creation sebagai kerjaya tetap. Dengan telefon pintar dan konsistensi, anda boleh jana pendapatan melalui iklan, penajaan, atau kolaborasi dengan jenama.

    Antara jalan yang boleh anda cuba:

    • Platform Digital – Kongsi video atau foto menarik yang relevan dengan minat audiens, daripada lifestyle hingga produk harian, untuk membuka peluang kerjasama dengan jenama.
    • Penulisan Online – Tulis artikel mendalam tentang topik khusus seperti travel bajet, tip simpan duit atau gajet dan teknologi, sambil hasilkan keuntungan melalui iklan serta kerjasama komersial.

    6. Pendapatan Pasif

    Kalau anda nak cara yang lebih santai, pendapatan pasif boleh jadi pilihan. Bezanya dengan kerja sambilan lain, pendapatan pasif biasanya memerlukan anda melakukan kerja sekali sahaja, tetapi boleh jana hasil berkali-kali.

    Contoh idea pendapatan pasif:

    • Affiliate Marketing – Kongsi link produk Shopee/Lazada di media sosial atau blog, dan dapat komisen bila orang beli.
    • Produk Digital – Hasilkan e-book, templat resume, planner digital, atau preset gambar. Sekali buat, anda boleh jual berulang kali tanpa kos tambahan.

    Kesimpulan

    Side hustle dari rumah bukan lagi sesuatu yang mustahil. Sama ada anda nak tambah duit poket, tampung perbelanjaan keluarga, atau bina bisnes jangka panjang, pilihan memang terbuka luas.

    Mulakan dengan langkah kecil, konsisten, dan pilih side hustle yang sesuai dengan minat serta kemahiran anda. Dari situ, pendapatan sampingan boleh berkembang menjadi sumber kewangan yang stabil.


    Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah! 👇🏻

    Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads | Whatsapp