Eco-Shop mengajak rakyat Malaysia memanfaatkan sepenuhnya insentif Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 yang baru diumumkan kerajaan. Dengan lebih 2,000 barang keperluan yang diluluskan, Eco-Shop kini menjadi destinasi mudah untuk mendapatkan keperluan harian dengan harga berpatutan.
Apa yang lebih menarik, semua makanan dan minuman kini berharga RM2.40 di Eco-Shop membolehkan penerima SARA menikmati lebih nilai tanpa perlu berkompromi dalam membeli barang keperluan harian.
Cawangan Mudah Akses & Transaksi Ringkas

Sejak awal tahun ini, lebih 150 cawangan Eco-Shop telah diaktifkan untuk transaksi SARA melalui kerjasama strategik dengan MyKasih. Proses penebusan juga cukup mudah:
- Dana SARA akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima.
- Penerima hanya perlu membeli barangan keperluan yang diluluskan di cawangan Eco-Shop terlibat.
- MyKad perlu ditunjukkan di kaunter, masukkan PIN enam digit, dan amaun belian akan ditolak daripada baki SARA.
- Baki boleh digunakan secara berulang kali sehingga 31 Disember 2025.
Barangan Keperluan Lengkap Untuk Semua

Lebih 2,000 item boleh dibeli menggunakan kredit SARA termasuk makanan asas seperti roti, biskut, makanan dalam tin, barangan kebersihan diri, sehinggalah ke kelengkapan sekolah. Dengan pilihan luas ini, Eco-Shop memastikan rakyat Malaysia dapat membeli keperluan utama dengan lebih mudah dan berbaloi.
Untuk maklumat lanjut, semak senarai penuh cawangan yang terlibat di sini sekarang!
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah! 👇🏻

CHAGEE Bawa Dunia The Little Prince ke Malaysia dengan Siri Matcha, Barangan Eksklusif dan Aktiviti Khas di Pavilion KL
Jangan Terburu-Buru Beli Kereta, Semak 6 Perkara Ini Sebelum Membuat Keputusan
Siri REDMI Note 17 Rasmi di Malaysia, Diterajui Note 17 Pro Max 5G dengan Bateri 10,000mAh
Yobe Malaysia Lancar Konsep Baharu Yobe Crafted, Tawar Koleksi Eksklusif untuk Peminat ALPHA
TNG eWallet Tambah FlexiCredit GXBank ke CashLoan dengan Had Kredit Sehingga RM150,000
TikTok Shop Kenakan SST 6% untuk Caj Penghantaran Penjual Bermula September