Bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68 dan Hari Malaysia ke-62, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan MyDigital ID melancarkan Kempen Diskaun Saman Kebangsaan yang menawarkan diskaun 50% bagi saman trafik PDRM.
Bayar Guna MyBayar PDRM & MyDigital ID Sahaja
Diskaun ini hanya sah untuk pembayaran melalui aplikasi MyBayar PDRM dengan log masuk menggunakan MyDigital ID.
Kempen ini bermula 31 Ogos 2025 hingga 16 September 2025, memberi peluang keemasan kepada rakyat untuk melunaskan tunggakan saman trafik dengan lebih jimat.
Galakkan Transformasi Digital dan Perkhidmatan Cekap
Menurut Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, inisiatif ini bukan sekadar meraikan pencapaian negara, tetapi juga usaha memperkukuh perkhidmatan digital kerajaan serta mengurangkan risiko penipuan maklumat melalui pengesahan digital yang lebih selamat.
Jangan lepaskan peluang keemasan ini! Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi MyBayar PDRM.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

KLIMS 2026 Kembali Meriahkan MITEC Dengan Pameran Automotif dan Teknologi Mobiliti Terkini
U Mobile Tawar Ultra Football Pass Percuma Untuk Strim Piala Dunia 2026 di RTMKlik
Huawei Watch Fit 5 Roadshow Bermula di MyTown, Tampil Dengan Aktiviti Pickleball dan Persembahan Alpha
Vivo Y31s 5G: Telefon Tahan Lasak Dengan Snapdragon 4 Gen 2, Berharga RM1,199
Cermat Madani Tawar Rebat Insurans Tambahan Hingga 10% Untuk Pemandu Berhemah
Instagram Kini Benarkan Pengguna Susun Grid Profil Mengikut Kehendak Sendiri