Raikan Hari Kebangsaan ke-68 dengan penjimatan hebat! KLIA Transit menawarkan promosi istimewa — diskaun sehingga 50% bagi tiket pergi-balik ke destinasi terpilih! Ini peluang terbaik untuk anda dan keluarga menikmati perjalanan mudah dan menjimatkan bagi menyambut Hari Merdeka di Putrajaya.
Butiran Promosi KLIA Transit Merdeka 2025
Tempoh Jualan Tiket: 25 Ogos – 31 Ogos 2025
Tempoh Perjalanan: 30 & 31 Ogos 2025 sahaja
Destinasi Berlepas:
- KL Sentral
- Bandar Tasik Selatan
- Salak Tinggi
Nota: Promosi tidak termasuk perjalanan ke/dari KLIA Terminal 1 & Terminal 2.
Nikmati Diskaun Hebat Bersama Keluarga
Sesuai untuk anda yang ingin ke Dataran Putrajaya bersama keluarga atau rakan-rakan bagi menyaksikan perarakan Hari Kebangsaan, promosi ini menawarkan penjimatan berganda:
- Diskaun sehingga 50% untuk tiket pergi-balik dewasa dan kanak-kanak.
- Kanak-kanak bawah 6 tahun PERCUMA dengan maksimum 3 tiket kanak-kanak bagi setiap tiket dewasa.
Cara Membeli Tiket
Tiket promosi ini boleh dibeli mulai 25 Ogos hingga 31 Ogos 2025 melalui:
- Laman web KLIA Ekspres
- Aplikasi mudah alih KLIA Ekspres di Google Play atau Apple App Store
Jangan lepaskan peluang istimewa ini, rancang perjalanan anda dan nikmati Hari Merdeka dengan selesa dan menjimatkan!
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

Harga Minyak 10–16 September 2026: RON97, RON95 dan Diesel Melonjak 25 Sen, Brent Cecah AS$97.31
BEST Express Malaysia Sokong Peniaga Tempatan dengan Penyelesaian Penghantaran Fleksibel
Jangan Terburu-Buru Beli Kereta, Semak 6 Perkara Ini Sebelum Membuat Keputusan
Harga Minyak 3–9 September 2026: RON97, RON95 dan Diesel Turun 5 Sen, Had BUDI Dinaikkan Ke 300 Liter
Siri REDMI Note 17 Rasmi di Malaysia, Diterajui Note 17 Pro Max 5G dengan Bateri 10,000mAh
Harga Minyak 27 Ogos–2 Sept 2026: RON97, RON95 dan Diesel Tanpa Subsidi Naik 5 Sen