Aplikasi mobiliti popular, Setel melancarkan kempen jenama terbarunya, “Setel je! Sekali tekan, semua jalan”, yang mengangkat frasa harian rakyat Malaysia menjadi simbol kemudahan digital.
Kempen ini menonjolkan bagaimana teknologi tempatan boleh menyelesaikan pelbagai urusan harian dengan lebih pantas dan mudah dari mengisi minyak, bayar parkir, urus cukai jalan, beli-belah hinggalah kumpul ganjaran, semuanya melalui satu aplikasi sahaja.
Kempen Ajak Rakyat “Setel” Gaya Hidup Digital

Melalui pendekatan yang dekat dengan budaya Malaysia, Setel menjadikan pengalaman digital lebih mesra pengguna dan inklusif. Setakat ini, Setel:
- Digunakan oleh lebih 9 juta rakyat Malaysia
- Menyokong transaksi di lebih 1,000 stesen PETRONAS
- Diterima oleh lebih 2.6 juta peniaga di seluruh negara
Setel juga memperkenalkan Setel Lite untuk pengguna telefon Android dengan storan terhad, membuktikan komitmen untuk memastikan kemudahan digital boleh diakses oleh semua lapisan masyarakat.
Jelajah “Jom Setel je!” ke Seluruh Negara
Bagi menyemarakkan kempen ini, Setel mengadakan siri jelajah “Jom Setel je!” di:
- Lembah Klang
- Pulau Pinang
- Melaka
- Kuantan
- Sabah & Sarawak
Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah:
- Sesi interaktif bersama pasukan Setel
- Penampilan pempengaruh tempatan
- Ganjaran eksklusif untuk pengunjung
- Kolaborasi dengan Kelab Bola Sepak Selangor pada hari perlawanan
Video, Jingle & Cabaran Tarian Media Sosial
Sebagai pelengkap kempen, Setel juga melancarkan video khas serta jingle menarik yang memaparkan bagaimana “Setel” digunakan dalam perbualan seharian dan solusi harian rakyat Malaysia.
Orang ramai turut dijemput untuk menyertai cabaran tarian media sosial, di mana peserta berpeluang memenangi kredit e-Dompet.
Ganjaran Untuk Pengguna Baharu
Pengguna baharu boleh menikmati pulangan tunai RM5 dengan:
- Muat turun aplikasi Setel
- Daftar dengan kod c-5etel
- Isi minyak minimum RM20 (jumlah terkumpul) di mana-mana stesen PETRONAS
Sepanjang tempoh kempen, pengguna juga berpeluang menang hadiah wang tunai apabila terus bertransaksi menggunakan Setel selepas isian pertama.
Ikuti perkembangan terkini mengenai kempen, jelajah dan promosi ini di saluran media sosial rasmi Setel di Facebook dan Instagram.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

Harga Minyak 10–16 September 2026: RON97, RON95 dan Diesel Melonjak 25 Sen, Brent Cecah AS$97.31
BEST Express Malaysia Sokong Peniaga Tempatan dengan Penyelesaian Penghantaran Fleksibel
HUAWEI MatePad Air Tiba di Malaysia, Gabungkan Produktiviti AI dan Kreativiti dalam Rekaan Nipis
Jangan Terburu-Buru Beli Kereta, Semak 6 Perkara Ini Sebelum Membuat Keputusan
Google Bawa Lyria 3.5 ke Gemini, Kini Boleh Cipta Lagu AI Terus dalam Aplikasi
vivo V80 Lite 5G Kini di Malaysia dengan Bateri 10,000mAh dan Paparan 6.83 Inci, Bermula RM1,499