Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 akan disalurkan kepada penerima yang layak bermula 12 Ogos 2025 bagi membantu meringankan kos sara hidup golongan berpendapatan rendah. Sebanyak RM2 bilion diperuntukkan untuk agihan kali ini, melibatkan 8.6 juta penerima, dengan bayaran sehingga RM650 mengikut kategori kelayakan.
Peningkatan Penerima Berbanding Fasa 1
Jumlah penerima meningkat sebanyak 300,000 orang berbanding 8.3 juta penerima pada Fasa 1 (Januari 2025). Peningkatan ini hasil pembukaan permohonan dan rayuan STR sepanjang tahun, memastikan bantuan sampai kepada semua yang layak tanpa ada yang tercicir.
Kaedah & Tarikh Pembayaran
Pembayaran akan disalurkan secara berperingkat melalui:
- Pengkreditan terus ke akaun bank (mulai 12 Ogos 2025) bagi penerima yang mempunyai akaun bank.
- Pembayaran tunai di cawangan BSN bagi penerima tanpa akaun bank, termasuk di Sabah, Sarawak & W.P. Labuan.
Kadar Bayaran Mengikut Kategori
- Isi Rumah (≤ RM2,500): RM150 – RM650
- Isi Rumah (RM2,501 – RM5,000): RM150 – RM300
- Warga Emas Tiada Pasangan: RM15
- Bujang: RM150
Untuk membuat semakan status kelayakan, orang ramai boleh berbuat demikian di Portal Rasmi STR.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

Yalla Commerce 2026 Berlangsung di Malaysia Ogos Ini, Himpunkan Pemain E-Dagang Global dan Tempatan
Skim Lindung 24 Jam PERKESO Diperluas Mulai 1 Jun 2026, Pekerja Turut Dilindungi di Luar Waktu Kerja
KWSP Perkenal i-Legasi, i-Emas dan Kalkulator Matlamat Persaraan Untuk Bantu Ahli Rancang Persaraan
MR D.I.Y. Kekalkan Harga Barang Keperluan Harian Melalui Inisiatif ‘Harga Tetap Sama’
Monie Fest 2026 di MITEC Himpunkan Sesi Kewangan Serta Lebih 100 Penceramah Dan Pempamer