Berita baik untuk rakyat Malaysia! Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) telah mengesahkan bahawa bantuan tunai RM100 di bawah program SARA akan disalurkan secara automatik ke dalam MyKad penerima bermula 31 Ogos 2025 tanpa memerlukan sebarang permohonan.
Menurut Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Dato’ Zamzuri Abdul Aziz, bantuan ini adalah pembayaran sekali sahaja dan tidak memerlukan pendaftaran mahupun kemas kini maklumat peribadi.
Fakta Penting Tentang Bantuan SARA RM100
- Tarikh agihan: Bermula 31 Ogos 2025
- Cara agihan: Dikredit terus ke MyKad
- Tiada aplikasi diperlukan
- Bukan melalui e-wallet dan tidak melibatkan fungsi Touch ‘n Go
Jangan Tertipu Dengan Pautan Palsu

Terdapat peningkatan pautan palsu yang dikongsi dan dikatakan sebagai pautan permohonan bantuan SARA. Jadi, elakkan klik atau berkongsi maklumat peribadi anda melalui mana-mana pautan yang mencurigakan. Semua info rasmi hanya boleh dirujuk melalui JAPEN, JPN atau saluran berita sah.
Untuk maklumat lanjut, semak laman rasmi JAPEN atau JPN dan jangan terpedaya dengan penipuan yang semakin berleluasa.

Fi Life Henti Jualan Polisi Insurans Baharu Mulai 26 Ogos 2026, Pemegang Polisi Sedia Ada Tidak Terjejas
Ryt Bank Kini Benarkan Pengaktifan Akaun Menerusi ATM dan Cawangan Bank
Samsung Wallet Kini Sokong MBSB Bank – Belanja RM30, Berpeluang Menang Galaxy Tab
DuitNow Tergendala 4 Jam Pada 18 Ogos – Rancang Transaksi Anda Lebih Awal
Wise Kini Sokong Pembayaran DuitNow QR Menerusi Aplikasi di Malaysia
Tak Perlu Bawa Banyak Tunai, Ini Kelebihan Guna Kad Travel Ketika Melancong Ke Luar Negara