April 21, 2026

5 Jenis Durian Paling Popular di Malaysia: Mana Satu Pilihan Anda?

Durian

Musim durian dah kembali! Jadi, kalau anda nak cuba jenis-jenis durian premium Malaysia yang berbaloi, anda kena tahu tak semua durian mempunyai rasa dan harga yang sama. Ada yang sesuai untuk “first-timer”, ada juga yang khas untuk kaki durian tegar.

Walaupun citarasa berbeza-beza, berikut ialah 5 jenis durian elit Malaysia yang sering dianggap paling sedap, paling dicari dan paling berharga. Jom kenali setiap jenis durian ini dan sebab kenapa ia layak berada dalam senarai pilihan utama!

1. Musang King/Raja Kunyit (D197) – Raja Durian Sejati

Durian Musang King
Gambar: Syabab Dates

Musang King, atau Mao Shan Wang, memang tak perlu diperkenalkan. Ini durian paling popular dan paling mahal di Malaysia, malah dieksport ke China dan negara lain! Diakui dunia, Musang King dapat tempat ke-7 dalam senarai TasteAtlas untuk buah terbaik Asia Tenggara.

Anggaran Harga: RM50–RM90/kg ikut gred (Grade A paling mahal)
Asal utama: Raub, Pahang
Musim utama: Jun–Ogos

Ciri-ciri:

  • Isi kuning keemasan terang, biji kecil dan isi banyak
  • Rasa krim tebal, berlemak dan seimbang manis-pahit

2. Duri Hitam/Black Thorn (D200) – Si Lawan Hebat Musang King

Durian Black ThornGambar: MardiAgroshoppe

Black Thorn makin naik daun! Ramai kata ini satu-satunya durian yang boleh lawan Musang King dari segi kemewahan rasa dan harga. Sesuai untuk yang suka durian dengan rasa tak terlalu pahit dan beraroma kompleks.

Anggaran Harga: RM55–RM90/kg
Asal utama: Balik Pulau, Pulau Pinang
Musim utama: Jun–Ogos

Ciri-ciri:

  • Isi oren gelap, lembut dan berkrim
  • Rasa sedikit pahit, manis kastard dan aroma sedikit beralkohol

3. Sultan (D24) – Klasik dan Tak Pernah Mengecewakan

Durian D24

Gambar: Mun Meng Fruits (M) Sdn Bhd

Sebelum kemunculan Musang King, D24 merupakan durian pilihan utama ramai. Dikenali sebagai “durian Sultan” kerana pernah menjadi kegemaran golongan bangsawan dan raja-raja negeri, D24 masih mengekalkan popularitinya hingga ke hari ini. Ia digemari kerana rasa yang konsisten, harga yang lebih berpatutan, serta isinya yang tebal, kuning pucat dan sedikit melekit—memberikan setiap gigitan rasa yang kaya dan memuaskan.

Anggaran Harga: RM25–RM30/kg
Asal utama: Bukit Merah (Sempadan Pulau Pinang dan Perak)
Musim utama: Jun-ogos

Ciri-ciri:

  • Isi kuning cerah, berkrim tapi pejal dan sedikit kering
  • Rasa: Pahit-manis klasik dan berkrim serta agak tajam dengan aroma alkohol bagi varian XO

4. Udang Merah/Red Prawn (D175) – Durian Pencuci Mulut

Durian Udang Merah
Gambar: DurianNearMe.com.my

Kalau anda baru nak belajar makan durian, Udang Merah atau Red Prawn adalah pilihan paling selamat. Ramai kata ianya “kid-friendly” sebab aromanya tak terlalu kuat dan rasanya macam makan pencuci mulut!

Anggaran Harga: RM20–RM25/kg
Asal utama: Balik Pulau (Pulau Pinang), juga ada di Johor & Pahang
Musim utama: Jun–Ogos

Ciri-ciri:

  • Isi oren kemerahan dengan tekstur lembut
  • Rasa: Manis, kurang pahit dan lebih fruity

5. Tekka (D160) – Permata Tersembunyi untuk Kaki Durian Tegar

Durian Tekka
Gambar: @durianplantationgurun

Tekka bukan untuk semua. Tapi kalau anda jenis yang suka durian dengan rasa kompleks, pekat, dan pahit kaw, ini antara durian paling rare dan eksklusif. Dikenali juga sebagai “Musang Queen” atau “Green Bamboo”, Tekka terkenal dengan teksturnya yang pejal dan berkedut. Kurang manis berbanding Musang King, ia memang sesuai untuk kaki durian tegar yang cari pengalaman rasa “old-school”.

Anggaran Harga: RM60–RM96/kg
Asal utama: Banting, Selangor
Musim utama: Julai–September

Ciri-ciri:

  • Isi berwarna krim kekuningan, tebal, padat, dan agak kering
  • Rasa: Sangat pahit dengan lemak manis, disertai aroma kuat bergas

Mana Satu Pilihan Anda?

Jenis Durian Rasa Harga (anggaran)
Musang King Pahit-manis premium RM50–RM90/kg
Black Thorn Manis kastard, aroma beralkohol RM55–RM90/kg
D24 (Sultan) Pahit-manis klasik RM25–RM30/kg
Red Prawn Manis, fruity RM20–RM25/kg
Tekka Sangat pahit, aroma bergas RM60–RM96/kg

💡 Tip Hrga.MY: Kalau nak cuba durian premium tapi bajet terhad, mulakan dengan D24 atau Red Prawn. Kalau nak reward diri, Musang King atau Black Thorn memang terbaik. Tapi kalau anda kaki durian sejati, Tekka wajib masuk radar!