Kalau anda kaki makan dan tengah plan nak ke Singapura, ada satu tempat makan legend yang korang wajib singgah. Medan Selera Maxwell! Tempat ini jadi tular sebab Lady Gaga sendiri pun datang makan di sini, dan bukan dia seorang sahaja, ramai selebriti dan pelancong luar pun sanggup beratur panjang semata-mata nak rasa makanan di sini.

Terletak dekat kawasan sibuk Tanjong Pagar, Maxwell ni memang meriah gila. Dengan deretan gerai penjaja yang jual macam-macam jenis makanan tempatan yang murah, sedap dan penuh rasa nostalgia, anda confirm rambang mata nak pilih makan apa.
Apa Yang Best Kat Sini?
Nak tahu apa yang buat tempat ini popular sangat? Jom tengok senarai ‘wajib cuba’ kalau datang ke Maxwell:
Tian Tian Hainanese Chicken Rice

Ini antara gerai paling famous di sini. Nasi ayam dia lembut gila, ayam juicy, sambal dia powe, tak hairan lah Lady Gaga dan Anthony Bourdain puji melambung. Harga pun dalam SGD5 sahaja.
Zhen Zhen Porridge

Kalau anda suka makanan comfort, bubur ni memang kena try. Pekat, penuh isi ayam atau ikan, dan portion dia memang puas hati.
Maxwell Fuzhou Oyster Cake

Kudapan rare ni susah nak jumpa. Inti dia padat, ada daging, tiram, dan digoreng rangup. Sekali makan, nak lagi.
Rojak, Popiah & Tauhu Bakar
Gerai-gerai ini pun selalu jadi tumpuan. Rasa dia macam balik kampung, manis, pedas, rangup, semua ada.
Minuman Sejuk & Panas
Penat berjalan? Boleh singgah mana-mana gerai minuman, ada air tebu, barli, leng chee kang, semua menyegarkan!
Kenapa Kena Pergi?
Maxwell ni bukan sekadar tempat makan. Suasana dia hidup dan meriah, penuh dengan orang tempatan, pekerja pejabat, pelancong dari serata dunia. Semua lepak makan di meja panjang, sembang santai sambil layan makanan sedap.
@thesgdaily Is it the real Lady Gaga? 🧐 #sgviral #sgnews #singaporetiktok #sgfyp #sglife #singapore🇸🇬 #sgdaily #ladygaga #bornthisway #ladygaga4ever #ladygaha
Nak rasa sendiri vibe makanan jalanan Singapura yang sebenar? Inilah tempatnya. Lagi best, harga makanan kat sini mesra poket, walaupun tengah bandar besar.

Promosi 8.8 2026: Pelbagai Tawaran F&B Menarik Untuk Anda Nikmati Minggu Ini
Krispy Kreme Tawar 8 Donut Mini Original Glazed Hanya RM8 Untuk Satu Hari Sahaja
Ahli IKEA Family Boleh Nikmati Alaska Pollock Fish and Chips pada Harga RM9.45 Setiap Rabu
Kanser Serviks Dalam Kalangan Wanita Muda Semakin Membimbangkan – Pakar
Beutea Merdeka Special: Nikmati Minuman Pilihan Pada Harga RM6.90 Sepanjang Ogos
Seoul Garden Raikan Ulang Tahun Ke-43 dengan Promosi Beli 4 Bayar 3 untuk Lunch Buffet