June 10, 2026

Malaysia Menang Telur Termurah! Tengok Siapa Kalah Teruk…

20250502163217blobid0

Kalau korang selalu rasa harga barang makin naik, meh sini nak cerita satu berita best, harga telur di Malaysia sebenarnya antara paling murah dalam Asia Tenggara! Serius, dekat pasaran sekarang, sebiji telur cuma RM0.42 je. Murah gila kan?

Info ni dikongsi oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) cawangan Terengganu dimedia sosial. Mereka bandingkan harga telur kita dengan negara-negara jiran, dan hasilnya memang kita menang murah habis. Jiran kita jual harga macam ni:

Thailand – RM0.52

Kemboja – RM0.87
Myanmar – RM0.84
Filipina – RM0.94
Vietnam – RM1.03

Nampak tak beza dia? Malaysia masih maintain harga yang jauh lebih rendah.

Tapi… ada berita baru jugak. Mulai 1 Ogos ni, kerajaan akan hentikan terus subsidi untuk telur ayam. Buat masa ini, subsidi sudah pun dikurangkan daripada RM0.10 ke RM0.05 sebiji. Lepas itu, akan dihentikan sepenuhnya.

Kenapa kerajaan buat macam ini?

Menurut Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), keputusan ini dibuat sebab sekarang kos nak hasilkan telur sudah makin stabil. Masa Aidilfitri lepas pun stok telur cukup, tiada drama. Harga pun tak melambung macam dulu-dulu.

Lagi satu, kerajaan cakap kalau asyik bergantung pada subsidi dan kawalan harga terlalu lama, tak bagus untuk industri ayam telur tempatan dan juga kewangan negara. Industri tak berkembang, kerajaan pun kena tanggung kos besar.

Jadi, lepas ini mungkin harga telur naik sikit. Tapi buat masa sekarang, kita masih antara yang paling murah dalam satu rantau ni. Jadi, boleh la bersyukur sikit sambil goreng telur mata.

Telur murah memang best, tapi jangan terkejut kalau harga naik sikit lepas ini. Yang penting, bekalan masih cukup dan tak jadi rare macam dulu. Chill je, bro!