May 1, 2026

Jimat Kos Letak Kereta di KLIA dan KLIA2: Panduan Parking Jangka Panjang yang Berbaloi

Merancang untuk memandu sendiri ke KLIA atau KLIA2 dan meninggalkan kereta anda semasa melancong? Berikut adalah pilihan parking terbaik yang boleh bantu anda jimat kos.

berikut adalah pilihan parking terbaik yang boleh bantu anda jimat kos

Merancang untuk memandu sendiri ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) atau KLIA2 dan meninggalkan kereta anda semasa melancong? Kos parking sememangnya boleh mencecah ratusan ringgit, terutama untuk tempoh yang lama. Namun, dengan sedikit perancangan bijak, anda masih boleh jimat banyak melalui pilihan parking alternatif yang lebih murah.

Walaupun Grab atau teksi lebih mudah, sebahagian daripada kita lebih suka memandu sendiri untuk kawalan penuh terhadap masa perjalanan. Jika anda sebahagian daripada kumpulan ini, berikut adalah pilihan parking terbaik yang boleh bantu anda jimat kos apabila ke KLIA atau KLIA2.

1. Salak Tinggi Park & Ride (Stesen ERL KLIA Transit)

Jimat Kos Letak Kereta di KLIA dan KLIA2: Panduan Parking Jangka Panjang yang Berbaloi

Parking Bertingkat (Berbumbung – 820 petak)

Tempoh ParkingKadar Bayaran
4.30 pagi – 1.30 pagiRM3.00 / Hari
Parking Semalaman (Hari 1)RM9.00
Hari BerikutnyaRM12.00 / Hari
Pas Tempat Letak KhasRM150.00 / Bulan

Parking Terbuka A & B

TempatKadar
Kadar HarianRM3.00 / Hari
Parking Semalaman (Hari 1)RM7.00
Hari BerikutnyaRM10.00 / Hari
Pas BulananRM80.00 / Bulan

Anda perlu menaiki tren KLIA Transit ke lapangan terbang, hanya satu stesen ke KLIA dan dua stesen ke KLIA2. Harga tiket sehala ialah RM4.90 (RM4.40 kalau beli online).

2. Putrajaya Sentral (Park & Ride)

Jimat Kos Letak Kereta di KLIA dan KLIA2: Panduan Parking Jangka Panjang yang Berbaloi
Tempoh ParkingKadar Bayaran
6 pagi – 11.59 malamRM1.15 / Jam
Maksimum Caj SehariRM9.20
Parking Semalaman (12am – 5.59am)RM4.60
Penalti Kehilangan TiketRM50.00

Anda perlu menaiki tren KLIA Transit ke lapangan terbang, hanya dua stesen ke KLIA dan tiga stesen ke KLIA2. Harga tiket sehala ialah RM9.40 (RM8.50 kalau beli online).

3. Terminal Bersepadu Selatan (TBS) @ Bandar Tasik Selatan

Jimat Kos Letak Kereta di KLIA dan KLIA2: Panduan Parking Jangka Panjang yang Berbaloi
Tempoh ParkingKadar Bayaran
Jam PertamaRM1.00
Jam 2 – 5RM4.00
6 Jam & ke atasRM6.00
Hari PertamaRM10.00
Hari SeterusnyaRM6.00 / Hari
Parking MotosikalPercuma

Anda perlu menaiki tren KLIA Transit ke lapangan terbang, hanya tiga stesen ke KLIA dan empat stesen ke KLIA2. Harga tiket sehala ialah RM38.40 (RM34.60 kalau beli online).

4. Tempat Letak Kereta Jangka Panjang (LTCP) KLIA

Jimat Kos Letak Kereta di KLIA dan KLIA2: Panduan Parking Jangka Panjang yang Berbaloi
Tempoh ParkingKadar Bayaran
1 – 4 jamRM3.00 / jam
5 – 14 jamRM2.00 / jam
Maksimum SehariRM32.00
Shuttle PercumaSetiap 10 minit ke KLIA & KLIA2

Block A & B

TempohKadar
Hari 1 – 3RM52.00 / Hari
Hari ke-4 dan ke atasRM30.00 / Hari
Parking MotosikalRM1.00 / Masuk

Anda perlu menaiki bas ke KLIA dan KLIA 2. Bas sentiasa datang dalam selang 10 minit, dan bas ini adalah percuma.

5. Gateway @ KLIA2

Jimat Kos Letak Kereta di KLIA dan KLIA2: Panduan Parking Jangka Panjang yang Berbaloi
Tempoh ParkingKadar Bayaran
1 – 3 jamRM5.00 / jam
4 – 5 jamRM4.00 / jam
6 – 10 jamRM3.00 / jam
11 jam ke atasRM2.00 / jam
Hari 1 & 2RM52.00 / Hari
Hari ke-3 & seterusnyaRM50.00 / Hari
Valet ParkingRM15.00 jam pertama, RM5.00 jam berikutnya, Maks: RM100.00
Parking MotosikalRM1.00 / Masuk

6. Parking E (Sebelah Sama-Sama Hotel KLIA)

Jimat Kos Letak Kereta di KLIA dan KLIA2: Panduan Parking Jangka Panjang yang Berbaloi
Tempoh ParkingKadar Bayaran
1 – 3 jamRM4.00 / jam
4 – 9 jamRM3.00 / jam
10 – 15 jamRM2.00 / jam
13 – 18 jamRM1.50 / jam
Maksimum SehariRM42.00

Tip Penjimatan Perjalanan

Secara peribadi, saya lebih gemar letak kereta di Salak Tinggi dan menggunakan tren KLIA Transit — hanya satu stesen ke KLIA dan dua stesen ke KLIA2. Ia menjimatkan masa dan wang. Alternatif lain termasuk Putrajaya Sentral dan TBS, tetapi lokasi ini lebih jauh dan tambang tren lebih tinggi.

Tip tambahan: Semak jadual tren dan rancang untuk tiba 15 minit lebih awal daripada waktu tren bagi memastikan anda sempat parking dan berjalan ke stesen.

Pilihan parking yang betul bukan sahaja menjimatkan wang, tetapi juga memberikan ketenangan fikiran semasa anda melancong. Pilih lokasi yang sesuai dengan bajet dan jarak anda ke lapangan terbang untuk perjalanan yang lebih lancar.