Bulan Ramadan bukan sahaja bulan ibadah, tetapi juga bulan untuk kita lebih bijak menguruskan kewangan. Kadang-kadang tanpa sedar, perbelanjaan sepanjang Ramadan boleh melebihi bulan biasa, terutama kalau terlalu seronok membeli juadah di bazaar Ramadan. Jadi, macam mana nak berjimat? Jom kita tengok beberapa tips mudah ini!
1. Masak Sendiri untuk Berbuka

Tak dinafikan, bazaar Ramadan penuh dengan makanan yang menggoda. Tapi hakikatnya, kalau beli banyak sangat, duit pun cepat habis. Jadi, cuba masak sendiri! Selain lebih jimat, kita juga boleh asah bakat di dapur dan kawal bahan yang digunakan untuk makanan yang lebih sihat.
2. Simpan Duit yang Selalu Digunakan untuk Sarapan & Lunch

Biasanya, kita belanja sekurang-kurangnya RM10 untuk sekali makan. Kalau dikira, RM10 x 30 hari dah jadi RM300! Dengan duit sebanyak itu, dah boleh beli dua pasang baju raya. Jadi, manfaatkan penjimatan ini untuk perkara yang lebih berfaedah.
3. Tak Perlu Tergoda dengan Menu Viral

Setiap tahun, pasti ada makanan viral di bulan Ramadan. Tapi realitinya, harga makanan viral ni bukan murah. Lebih baik fokus pada juadah yang kita memang suka dan berpatutan. Lagipun, berbuka puasa bukan tentang siapa makan paling mewah, tapi lebih kepada kesederhanaan dan kesyukuran.
4. Jana Pendapatan dengan Berniaga

Bulan Ramadan bukan sekadar masa untuk berjimat, tapi juga peluang untuk menambah pendapatan! Permintaan untuk produk seperti tudung, biskut raya, serunding, baju Melayu, dan banyak lagi memang tinggi. Kalau ada modal dan kemahiran, cuba berniaga kecil-kecilan. Mana tahu, boleh jadi sumber pendapatan berterusan?
Jadi, bulan Ramadan ini, jom amalkan gaya hidup sederhana dan bijak berbelanja. Bukan sahaja kita dapat menikmati ibadah dengan lebih tenang, tapi juga dapat menyimpan lebih banyak untuk kegunaan selepas raya. Selamat berpuasa dan selamat berjimat!
Krispy Kreme Tawar Pembelian 6 Assorted Donut, Percuma 6 Original Glazed – 21 Ogos 2026 Sahaja
SF Coffee Lancar Promosi Matcha Rena dengan 2 Minuman Matcha Hanya RM20
KK Day: Nikmati Tawaran Beli 1 Percuma 1 Nestle Drumstick di KK MART pada 22 Ogos
Marrybrown Kombo Merdeka: Beli Nasi Lemak MB Combo, Dapat Kombo Ke-2 Hanya RM6.90
Promosi Potato Corner: Beli Menu Ala Carte dan Bawa Sebiji Kentang, Dapat Large Fries Hanya RM1
Ayam Gepuk Original Hanya RM9.90 di IndoAsli, Jimat RM14 dari Harga Biasa