Baru-baru ini, HRGA berjaya mengumpulkan maklumat mengenai harga-harga latte di pelbagai kedai kopi di Malaysia. Senarai ini pasti membantu anda yang suka menikmati secawan latte sambil memilih mengikut bajet. Dari ZUS ke LUCKIN, GIGI, STARBUCKS, dan banyak lagi – mari kita lihat senarai lengkap 12 kedai kopi ini.

Starbucks – RM15.90

Starbucks terkenal dengan suasana premium dan pelbagai pilihan minuman, tetapi harganya yang RM15.90 menjadikannya paling mahal dalam senarai ini. Starbucks juga kini mendapat perhatian akibat kesan boikot kerana isu sumbangan mereka terhadap konflik Palestin.
FamilyMart – RM3.90
Pemenang kategori paling murah! FamilyMart menyediakan latte pada harga RM3.90 sahaja. Walaupun harganya rendah, rasa latte mereka tetap memuaskan – sesuai untuk mereka yang ingin berjimat tetapi masih mahukan kopi enak.
Bask Bear Coffee mencuri perhatian kerana menawarkan latte pada harga RM5.90, meskipun standard kedai kopi ini setaraf dengan Starbucks. Ini menjadikannya pilihan yang menarik untuk kopi berkualiti tinggi dengan harga lebih rendah.
Bergantung pada bajet dan citarasa anda, pilihan untuk secawan latte di Malaysia memang pelbagai. Jika anda ingin menikmati kopi dalam suasana premium, Starbucks atau Coffee Bean adalah pilihan terbaik. Tetapi jika anda ingin berjimat, FamilyMart dan Bask Bear Coffee menawarkan pengalaman minum kopi yang berkualiti pada harga yang jauh lebih mesra poket.
Jadi, lepas ini bolehlah anda buat keputusan berdasarkan senarai ini. Jangan lupa untuk berkongsi artikel ini dengan rakan-rakan yang suka kopi juga!

Promosi Baker’s Cottage: Dapatkan 2 Potong Kek Hanya RM12.99 dengan 4 Pilihan Kek
Krispy Kreme Tawar Pembelian 6 Assorted Donut, Percuma 6 Original Glazed – 21 Ogos 2026 Sahaja
SF Coffee Lancar Promosi Matcha Rena dengan 2 Minuman Matcha Hanya RM20
KK Day: Nikmati Tawaran Beli 1 Percuma 1 Nestle Drumstick di KK MART pada 22 Ogos
Marrybrown Kombo Merdeka: Beli Nasi Lemak MB Combo, Dapat Kombo Ke-2 Hanya RM6.90
Promosi Potato Corner: Beli Menu Ala Carte dan Bawa Sebiji Kentang, Dapat Large Fries Hanya RM1