AirAsia terus komited untuk menawarkan tambang berpatutan kepada para pelajar melalui program FLYsiswa, yang dilaksanakan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia.
Melalui inisiatif ini, AirAsia akan mengendalikan sebanyak 52 laluan antara Semenanjung dan Sabah/Sarawak, sekaligus menegaskan komitmennya untuk menyediakan penerbangan dengan tambang berpatutan kepada para pelajar yang ingin pulang ke kampung halaman.
E-baucar AirAsia untuk program FLYsiswa boleh digunakan untuk tempahan penerbangan ke 12 destinasi antara Semenanjung Malaysia dari Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kota Bharu, Pulau Pinang dan Malaysia Timur ke Kota Kinabalu, Kuching, Tawau, Bintulu, Miri, Sibu, Sandakan, dan Labuan. Inisiatif ini juga terpakai untuk penerbangan antara Sabah, Sarawak dan Labuan.
Kriteria kelayakan bagi program FLYsiswa ini ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia. Program ini terbuka kepada pelajar yang mengikuti pengajian tinggi di universiti awam di Malaysia. Kelayakan termasuk pelajar dari Sabah, Sarawak, atau Wilayah Persekutuan Labuan yang belajar di Semenanjung Malaysia; pelajar dari Semenanjung Malaysia yang belajar di Sabah, Sarawak, atau Wilayah Persekutuan Labuan; serta pelajar dari Sabah, Sarawak, atau Wilayah Persekutuan Labuan yang sedang belajar di wilayah masing-masing.

Proses permohonan e-baucar AirAsia boleh dilakukan melalui beberapa langkah mudah dengan menekan butang ‘Tebus Sekarang’ di airasia.com/aa/flysiswa, dan tempoh permohonan ini telah dilanjutkan sehingga 22 Disember pada tahun ini. Untuk proses penebusan, hanya masukkan nombor baucar pada halaman pembayaran.
Proses penebusan baucar RM400 akan bermula tahun depan dan boleh dilakukan di sini. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Parkson Malaysia Luggage Fair 2026 Himpunkan Pelbagai Jenama Bagasi dan Aksesori Perjalanan
Laluan Baharu ICQS Bukit Kayu Hitam Mula Operasi, Perjalanan Ke Hatyai Kini Lebih Lancar
Selangor Travel Fair 2026: Promosi Pakej Percutian, Tiket Tarikan Dan Pelbagai Aktiviti Menarik
U Mobile Perkenal ULTRA Tourist Plan, Gabungkan 100GB Data Bersama Grab Travel Pass Pada Harga RM15
Tiket Flight Mulai RM77! Traveloka Lancar 7.7 Epic Sale Serbu Hotel 5-Star Separuh Harga
Pasport Malaysia Baharu Dengan 94 Ciri Keselamatan Boleh Dimohon Mulai 1 Julai