KLOOK Sambut Ulang Tahun Ke-10 Dengan Jualan Ulang Tahun Terbesarnya
Raikan ulang tahun ke-10 Klook dengan jualan ulang tahun terbesarnya setakat ini. Dari 3 Oktober hingga 13 November 2024, pelancong boleh menikmati lebih daripada 2,000 tawaran pelancongan! Ini merupakan jumlah tawaran terbesar daripada Klook yang juga akan membawa tawaran eksklusif dan ‘Pengalaman Tidak Ternilai’ baharu.
Nikmati diskaun istimewa sehingga 50% untuk pelbagai perkhidmatan pelancongan seperti lawatan, aktiviti, penginapan, dan pengangkutan di destinasi kegemaran anda seperti Jepun, Thailand, Taiwan, Eropah dan banyak lagi.
Pengguna juga boleh menantikan tawaran mingguan dengan produk beli-1-percuma-1, tawaran musim yang menampilkan pengalaman terbaik musim luruh dan musim sejuk di Jepun, serta produk eksklusif daripada Klook. Ini adalah peluang terbaik untuk menempah percutian impian anda pada harga yang pasti tidak dapat ditandingi.
5 Sorotan Utama Sambutan Ulang Tahun ke-10 Klook

- Pengalaman Tidak Ternilai Eksklusif (MCBE) Alami perjalanan di luar kebiasaan dengan tawaran MCBE unik kami yang menampilkan penginapan mewah dan pengembaraan sekali seumur hidup. Nikmati aktiviti seperti meluncur salji di Switzerland dan menjadi doktor haiwan di Mandai Wildlife Reserve. Pendaftaran dibuka sehingga 31 Oktober.
- eSIM Percuma untuk Ahli Klook agar anda dapat terus berhubung semasa melancong. Nikmati sehingga 3GB data dengan pengaktifan dalam aplikasi yang mudah untuk liputan tanpa gangguan di lebih daripada 200 destinasi.
- Ganjaran Media Sosial bagi Ulang Tahun ke-10: Sertai sambutan ini dan menangi hadiah menarik, termasuklah hadiah utama penginapan 4H3M di IT’S THE SHIP. Ikuti @klookmy dan rakan kongsi kami, ucapkan “Happy Birthday Klook” dan beritahu kami dalam maksimum 10 patah perkataan mengapa anda patut menang. Tag seorang rakan untuk kongsikan kegembiraan. Seorang pemenang akan dipilih setiap hari, dengan hadiah bernilai sehingga RM7,000 untuk dimenangi.
- Jualan 10.10 menampilkan tawaran Beli-1-Percuma-1 (B1F1) untuk Universal Studios Japan dan banyak lagi! Nikmati tawaran kilat yang menarik dan jimat sehingga 15% dengan kod promo di seluruh laman web.
- Promo Upsize Kejutan dengan kod promo tambahan yang menawarkan penjimatan lebih besar dalam tempahan perjalanan anda.
Ditubuhkan pada 2014, Klook yang bermula sebagai sebuah syarikat permulaan kecil kini telah berkembang menjadi sebuah platform global yang menawarkan lebih daripada setengah juta pengalaman pelancongan ke lebih daripada 100 bandar di seluruh dunia.
